SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 29 September 2011

Jamuan Sambutan Hari Raya dan Hari Jadi

Pada hari Isnin bersamaan 26 September 2011, jamuan untuk sambutan serentak iaitu Hari Raya dan juga Hari Jadi yang diadakan di kelas murid-murid prasekolah yang mana sambutan yang diadakan secara sederhana dengan diiringi oleh dua buah kek iaitu kek Hari Raya dan Kek Hari Jadi. Antara gambar yang menarik dapat dirakam sewaktu sambutan tersebut diadakan adalah seperti berikut:


Makanan seperti kuih raya dan kerepek ringan telah disediakan pada jamuan tersebut


Selain itu, jamuan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran guru-guru dan staff sekolah yang bersama memeriahkan lagi majlis jamuan yang telah diadakan pada pagi tersebut.  Antara gambar-gambar peristiwa adalah seperti dibawah ini:  

Rugi jika melepaskan peluang untuk jamuan kali ini kn... 


Majlis jamuan takkan lengkap tanpa juadah lemang dan rendang serta nasi impit dengan sate


 Mari kita menikmati bersama juadah hidangan yang telah disediakan

Budak-budak prasekolah pun memang turut serta menjamu selera bersama


Inila Kek untuk Selamat Hari Raye Aidulfitri


Yang ini Kek untuk Happy Birthday

Wednesday 14 September 2011

Penyampaian Taklimat dan Ucapan sebelum bermula cuti Hari Raya

Taklimat Di Dewan Sekolah

Pada hari Jumaat tanggal 26 Ogos 2011 jam 10.32 pagi, telah diadakan taklimat berkaitan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri oleh Ustaz Najib kepada murid-murid yang hadir di dewan sekolah pada hari tersebut. Di bawah ini terdapat gambar peristiwa berkaitan dengan taklimat yang diadakan tersebut:-


 Ustaz Najib sedang menyampaikan taklimat beliau berkaitan dengan perjalanan cuti Hari Raya yang bakal bermula esok


 Murid-murid yang hadir di dewan kusyuk mendengar


Ustaz Najib juga sedang serius menyampaikan amanat dan taklimat dengan tajuk yang disampaikan pada pagi tersebut


 Ustaz Najib semestinya kusyuk dalam menyampaikan taklimat pada hari tersebut


 Penyampaian duit raya oleh cikgu Alias kepada murid lelaki


Penyampaian duit raya oleh cikgu Alias kepada murid perempuan


 Kesemua murid-murid yang lain juga tidak terlepas menerima duit raya


Terdapat murid-murid yang masih beratur untuk mendapatkan duit raya dari pihak sekolah yang mana duit raya disampaikan oleh Cikgu Alias dan Cikgu Zaidi

Wednesday 7 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2011

Inilah hari yang kita nanti-nantikan  yang mana kita sebagai umat Islam tidak akan terlepas dalam menyambut tibanya bulan Syawal setelah sebulan berpuasa pada sebelumnya. Disini juga, akan saya mengungkapkan peristiwa sempena hari raya yang disambut di sekolah iaitu bersamaan dengan 9 Syawal 1432 bersamaan 7 September 2011 yang bertempat di Dewan Besar. Di bawah ini telah dipaparkan gambar peristiwa seperti dibawah:


 Ustaz Najib yang menjadi Hos di majlis sambutan hari raya pada tahun ini

 Ustaz Najib sedang membacakan ayat suci Al-Quran yang wajib dibaca oleh murid-murid yang menyertai bacaan Al-Quran pada hari tersebut


Ustaz Najib bersama dengan murid-murid yang hadir pada hari tersebut


Antara murid-murid yang turut hadir ke dewan sewaktu majlis pembukaan sambutan hari raya dijalankan di lokasi tersebut


 Antara murid-murid yang sedang menunggu di luar dewan untuk (berhari raya) menyertai bacaan ayat suci Al-quran surah ayat lazim iaitu antara murid-murid yang telah khatam quran


Antara ibu bapa yang hadir ke majlis sambutan Hari Raya pada pagi tersebut


 Acara pertandingan tilawah Al-quran Bermula


 Acara Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Sempena hari Raya Aidilfitri


 Peserta tilawah Al-Quran yang terdiri dari wanita


Masing-masing membaca Al-quran sepertiama atas arahan dari Ustaz Najib

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...