SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Friday 29 July 2011

Sambutan hari Bulan Kecergasan

Temasya Bulan Kecergasan 2011

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 29 Julai 2011, sambutan hari kecergasan anjuran peringkat sekolah telah diadakan bermula pada jam 8pagi iaitu murid-murid yang terlibat pada temasya ini dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan untuk memulakan perlaksanaan temasya hari menyambut bulan kecergasan tersebut.
Antara gambar-gambar peristiwa yang dapat dirakamkan setakat ini sempena sambutan Bulan Kecergasan:

 Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sebelum memulakan aktiviti sukaneka yang akan dijalankan pada pagi tersebut


 Ustaz Najib menyampaikan amanat dan nasihat berkaitabn dengan perjalanan aktiviti sukaneka sempena Bulan hari Kecergasan yang akan bermula sebenter sahaja lagi


 Antara murid-murid lelaki yang telah bersedia untuk memulakan acara sukaneka


 Murid-murid perempuan juga telah bersedia dan tidak ketinggalan dalam menyertai acara sukaneka yang untuk memeriahkan lagi Sambutan Bulan Hari Kecergasan anjuran sekolah


 Sukaneka membuat bulatan.. Apa agaknye perencangan murid-murid dalam gambartu yea...


 Guru-guru tidak ketinggalan dalam melaksananakan tugas memantau murid-murid dalam acara sukaneka


 Ni dia, aktiviti bermain bola sepak


Cikgu Ekhwan tidak ketinggalan dalam melatih murid lelaki yang dalam acara sukaneka bermain bola sepak


 Antara murid lelaki yang masih dengan aktiviti sukaneka bermain bola sepak



 Gelagat murid-murid lelaki yang sedang mengelecek bola


 Gelagat murid-murid mengejar bola yang sedang bergolek


 Yeah, bakal menggantikan Safie Salie

 Gerekan membawa bola secara solo


 Yeah, bakal menggantikan Khairul Fahmi


Antara murid-murid yang menjadi bakal kelayakan ke Sekolah Menengah Sukan Bukit Jalil


 Manakala yang perempuan dengan aktiviti sukaneka bermain bola jaring

 Antara gelagat murid-murid perempuan yang sedang dalam aktiviti sukaneka bermain bola jaring



Persediaan untuk aktiviti sukaneka permainan bola jaring dengan memakai jersi pasukan yang ditubuhkan untuk perlaksanaan aktiviti sukaneka tersebut


 Gelagat murid-murid yang sedang merebut bola

 Jaringan berjaya dilakukan sewaktu sukaneka permainan ini sedang rancak dijalankan


 Kelihatan Cikgu Aisyah yang sedang memerhatikan anak muridnye bermain untuk acara sukaneka ini

Antara murid-murid perempuan yang terpilih dalam acara sukaneka bermain bola jaring


Selesai sudah acara sukaneka permainan bola jaring




Monday 25 July 2011

Program Tunggang Basikal SKJU

Pada Hari Jumaat 22 Julai 2011 yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan program Le Tour De Jenderak anjuran SKJU bagi murid-murid yang ada basikal sendiri dan tidak pinjam dengan sesiapa yea.... Klu pinjam pun mesti kena pulangkan semula kepada tuannya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini anda boleh la lihat gambar-gambar seperti dibawah:



 Antara murid-murid yang sudah bersiap-sedia untuk memulakan Le Tour De Jenderak Utara


 Cikgu Zulkiman sedang membuat pemeriksaan keatas setiap basikal yang akan digunakan oleh penunggang


 Murid-murid yang telah bersedia untuk Le Tour De Jenderak Utara


 Hah, nk kontrol macho dengan basikal kesayangannye


 Dah hendak bermula untuk berlumba... Apa, berlumbe yea
Bukan berlumba tapi bersahaja


 Dengar amanat dari guru yang bertugas sebelum murid bergerak dengan basikal masing-masing


 Ni ha murid-murid yang tiada basikal


 Kusyuk dengar amanat dari cikgu Jamal


Lain kali jangan lupa sediakan basikal sebelum Le Tour De Jenderak yang akan datang

Sunday 24 July 2011

Sambutan Hari Jadi Pra Sekolah

Pada Hari Isnin 4 Julai 2011 jam 9.40 pagi, sambutan hari jadi bagi murid-murid pra sekolah telah diadakan di kelas utama murid-murid PRA SEKOLAH bersama guru pra serta pembantu pengurusan murid di kelas tersebut. Saya turut sempat mengambil beberapa gambar peristiwa yang terdapat di bawah ini:



Jurukamera @ fotografi kehormat SKJU akan mengambil lebih banyak gambar di jamuan yang dinantikan ini


Antara makanan ringan yang disediakan sewaktu jamuan sambutan hari Jadi beramai-ramai diadakan

 Antara guru lelaki yang turut hadir pada majlis Jamuan Hari jadi tersebut


 Antara guru-guru yang sempat menjamu selera


 Cikgu Helmi turut serta bersama saya dalam membantu mengambil gambar di majlis jamuan tersebut


 Antara makanan yang lebih spesel turut disediakan di majlis jamuan hari jadi tersebut

 Kek jamuan hari jadi


 Guru pra sekolah iaitu Cik Siti Abbaiyah bersama dengan murid-murid pra untuk berkumpul dengan mengelilingi kek hari jadi


Turut kelihatan bersama dengan murid-murid pra dari kiri Guru Prasekolah Cikgu Siti Abbaiyah, Guru Besar Cikgu Ruziah, Pembantu Pengurusan Murid Cik Rozimah dan yang kanan sekali Pn. Azmira


 Antara guru, staf sokongan dan wakil media yang hadir untuk bersama-sama menyambut majlis jamuan yang berprestij ini dengan mengambil gambar untuk kenangan mereka


 Penerimaan cenderahati dan hadiah di majlis jamuan


Antara murid prasekolah yang menerima hadiah beserta sijil penyertaan mereka di sekolah ini

 Upacara penyampaiaan hadiah dan sijil





Friday 1 July 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011

Pada hari sabtu 2 Julai 2011, sekolah menganjurkan acara larian serentak iaitu larian sepanjang 2 kilometer yang melalui jalan kampung di Felda Jenderak Utara.  Larian lintas desa tersebut melibatkan semua murid-murid di sekolah ini.  Sebelum larian itu bermula, terdapat senaman ringkas yang atau lebih komesyel dikenali dengan nama senamrobik.  Senaman tersebut bermula pada jam 8 pagi dan berakhir dalam jam 9.35 pagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melihat gambar-gambar yang telah dipaparkan seperti di bawah:



 Cikgu yang turut terlibat dalam menunjukkan kaedah senaman aerobik kepada murid-murid yang akan menyertai larian 1murid, 1sukan, 1 malaysia pada hari tersebut.



Antara murid-murid yang hadir dan memeriahkan lagi suasana di awal pagi tersebut



Antara murid-murid yang terlibat dalam larian yang akan bermula sebentar lagi 


Senaman aerobik ini turut disertai oleh guru-guru dan kakitangan sokongan yang bersama dalam menjayakan larian serentak 1murid, 1sukan dan 1malaysia
 


Murid-murid sedang asyik melakukan senaman aerobik dan gambar diatas lagi menunjukkan murid-murid sedang bertepukkan untuk sorak keriangan dengan muzik tema senaman tersebut


Antara ibu bapa yang hadir ketika upacara pembukaan larian serentak untuk memeriahkan lagi senaman aerobik dan larian yang akan dimulakan sebentar sahaja lagi


Dari  Kiri En. Mastifino,  Pn. Norzaimah dan En. Jamaluddin yang menjadi host dalam senaman aerobik 

 Cikgu Zaidi sedang menyampaikan amanat kepada murid-murid berkaitan dengan larian serentak yang akan bermula sebentar sahaja lagi


 Larian bermula setelah siren pot pet dibunyikan


 Yang ni nk tunggu member lari dlu pastu baru koi bley lari sesama kn


Guru Besar turut bersama dengan pelepas bunyi di garisan permulaan 


 Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan larian serentak 1murid, 1sukan ini sila layari www.youtube.com & pastu cari Picture117 comfirm korang akan jumpe video yang berkaitan dengan larian ni


 Ceramah dari ustaz Najib di dewan selepas kesemua murid-murid selesai sahaja larian serentak yang baru dilaksanakan sebentar tadi


Ustaz Najib kusyuk memberi ceramah berkaitan dengan tajuk Israk Mikraj 


 Giliran Ustazah Aisyah untuk memberi penjelasan dan ceramah berkaitan dengan Israk Mikraj



 Bermula sesi soal jawab dan kuiz terbuka berkaitan dengan Israk Mikraj yang diajukan oleh Ustazah Aisyah kepada murid-murid yang hadir


 Gelagat murid lelaki sewaktu menjawab soalan dari Ustazah Aisyah berkenaan dengan peristiwa Israk Mikraj


 Tiba pula giliran murid perempuan sewaktu hendak menjawab soalan dari Ustazah Aisyah berkaitan dengan kuiz yang telah disampaikan kepada murid-murid dan murid itu terpilih untuk menjawab soalan itu



Siapakah gerangan murid yang berjaya menjawab soalan yea....













TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...