SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 23 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah

Hari Pendidikan dan Penyampaian Anugerah Tahun 2011

Pada hari Khamis sekitar tarikh 17 November 2011, majlis hari anugerah cemerlang telah diadakan dengan dengan rasminya di dewan besar sekolah dalam waktu pagi tersebut. Majlis itu juga turut dirasmikan oleh En. Mohd Salim Bin Muda yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) merasmikan majlis hari kecemerlangan pendidikan serta menyampaikan anugerah dan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dari pelbagai bidang termasuk akademi dan kokurikulum serta sahsiah diri murid-murid yang telah dinilai melalui majlis penerimaan anugerah yang telah dilaksanakan pada hari tersebut dengan jayanya.

Perlaksanaan untuk majlis tersebut juga turut diseri dan dimeriahkan lagi dengan persembahan dipentas dewan oleh murid-murid yang telah merancang dalam merealisasikan aneka dan ramuan berseri bagi persembahan yang telah dipersembahkan pada pagi tersebut. Selain itu juga, pendaftaran ibu bapa yang hadir pada pagi tersebut turut didaftarkan untuk merekod kedatangan ibu bapa ke majlis hari pendidikan tersebut. Antara gambar-gambar yang sempat saya rakam pada majlis hari pendidikan dan anugerah penyampaian hadiah adalah seperti berikut...:-

Hiasan yang telah diperlihatkan pada hari tersebut


Kelihatan kehadiran penonton yang terdiri dari murid-murid hadir ke dewan


Hadiah yang berbentuk poket fail biru telah disusun pada hari tersebut


Hadiah yang berbentuk bungkusan kertas warna coklat telah disusun dengan teratur


Kelihatan En. Mohd Salim Bin Muda yang hadir untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Penyampaian Hadiah


Antara bungkusan hadiah yang telah disusun diatas dulang


 Pengacara majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah


 Ustaz Najib selaku pembaca doa pada majlis tersebut


 Ucapan dari Guru Besar Pn. Hjh. Ruziah Binti Ghazali


 Antara ibu bapa yang hadir kusyuk mendengar ucapan


Yang Dipertua PIBG En. Mohd Salim Bin Muda menyampaikan ucapan di majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah


 Kusyuk Yang Di Pertua PIBG memberi ucapan pada pagi tersebut


 Ibu bapa juga kelihatan kusyuk mendengar ucapan dari Yang Dipertua PIBG


 Pengacara majlis En. Ekhwan sedang mengumumkan murid-murid yang bakal menerima hadiah dan anugerah pelajar cemerlang peringkat UPSR 2011


 Antara murid-murid prasekolah yang sudah bersiap sedia untuk menerima hadiah di hari pendidikan tersebut


 Anugerah pelajar cemerlang UPSR 2011


 Seterusnya, upacara penyampaian hadiah oleh En. Kamaruzzaman Bin Suhara Affandi selaku Timbalan Yang  Dipertua PIBG kepada murid-murid yang mendapat hadiah dan anugerah pelajar cemerlang...:-









Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Yang Di Pertua PIBG sebagai tanda penghargaan buat beliau



 Persembahan tarian jenaka dari murid-murid tahap2


Persembahan yang mengasyikan dari murid-murid prasekolah

Sunday 20 November 2011

Sambutan Hari Keluarga Part 2

Sambutan Hari Keluarga Yang Kali Kedua

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 19 November 2011, sambutan hari keluarga telah diadakan di De Rhu Beach Resort yang mana diadakan makan malam di sebuah restoran terkemuka di Bandar Kuantan. Yang lebih menarik hari Keluarga ini diadakan dengan upacara penyampaian Hadiah bagi setiap penyertaan samaada guru atau staf sokongan yang hadir dengan bergilir-gilir memberi hadiah kepada setiap guru dan juga staff sokongan pada malam minggu 20 November tersebut. Antara gambar-gambar yang berkaitan adalah seperti berikut...:-








Friday 11 November 2011

Sambutan Hari Keluarga Part 1

Sambutan Hari Keluarga Peringkat Sekolah Untuk Part1

Pada tarikh 10 / 11 / 2011 iaitu sekitar jam 8.15malam Jumaat hari Khamis telah diadakan sambutan hari keluarga secara kecil-kecilan yang mana ia dilengkapkan dengan jamuan makan malam yang special, sambutan hari jadi bagi yang lahir dalam bulan oktober dan november serta cabutan bertuah bagi setiap guru dan staf sokongan yang hadir bersama dengan pasangan mereka pada malam tersebut. Di bawah seperti berikut terdapat gambar yang akan dipaparkan untuk sambutan Hari Keluarga pada malam tersebut...:-

Kehadiran dapat dirasai dengan hadirnye staf dan guru wanita pada malam itu


Hidangan telah disediakan untuk menjamu selera di malam jamuan


 Minuman juga telah disediakan


 Sudu dan garpu juga turut disediakan


 Hadiah untuk cabutan bertuah yang ditampal nombor bagi setiap cabutan yang akan dilaksanakan


 Hadiah untuk cabutan bertuah yang telah disusun aturkan


Pengacara majlis jamuan Hari Keluarga peringkat sekolah Part1


 Bacaan Doa oleh Ustaz Najib


 Selesai baca doa bermulalah hidangan untuk makan malam


 Ucapan dari Guru Besar sempena hari Keluarga pada malam tersebut

 Malam hari keluarga juga terdapat sambutan Hari jadi bagi yang lahir dalam bulan tersebut


 Kak Liza dh mula mendakap muka (Malu kot)


 Hari Keluarga pada malam tersebut disambut oleh staff sokongan serta staff swasta bersama ahli keluarga masing-masing


 Kelihatan Sidek, cikgu Ekhwan, cikgu Shahrul, cikgu Rominzie dan cikgu Zulkiman

Sempat lagi Peace oleh Pengacara majlis jamuan kita pada malam tersebut

Kelihatan Ustaz Najib sedang makan malam bersama keluarganya


 Antara ahli keluarga yang hadir pada malam tersebut


 Cikgu Helmi menerima cabutan bertuah dengan nombor 19 bersama pasangannya


 Cikgu Mastifino juga turut tidak ketinggalan mendapat cabutan bertuah dengan nombor 27


Cikgu Shahrul yang turut tidak ketinggalan dalam mendapat hadiah melalui cabutan bertuah


 Yang ini pulak, giliran Cikgu Jamalludin menerima hadiah cabutan bertuah



 En. Zali yang merupakan staff sokongan turut menerima hadiah cabutan bertuah bersama pasangannya


 Cikgu Zaiton bersama suaminya juga tidak ketinggalan menerima hadiah tapeware yang sedang2 iaitu cabutan no8


 Yang ni plak, Cikgu Normah yang menerima hadiah paling besar warne biru laut


Cikgu Sabariah juga tidak ketinggalan bersama pasangan dalam meraih cabutan untuk memperolehi hadiah pada malam tersebut

Cikgu Hayati bersama suaminya mendapat cabutan hadiah bernombor 24


Ustazah Aishah yang turut bersama memperolahi cabutan bertuah pada malam tersebut


Ustazah Hayati yang mendapat cabutan bertuah sebuah tuperware


Cikgu Eaza tidak ketinggalan menerima hadiah cabutan bertuah pada malam tersebut


Cikgu Halimatun juga tidak ketinggalan menerima hadiah cabutan bertuah bagi no ketiga


Cikgu Abbaiyah yang memperolahi cabutan bertuah bagi hadiah sebuah bakul besar berwarna biru iaitu cabutan nombor 25


Cik Rozimah menadah bakul merah yang baru diperolehinya melalui cabutan bertuah


Pn. Roslina tidak ketinggalan mendapat hadiah tuperware yang sedang sahaja  (Ok la asalkan dpt dari tak dpt langsung kn) 

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...