SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 28 December 2011

Taklimat Opsyen Sistem Baru Perkhidmatan Awam SKJU

Mesyuarat dan Taklimat Bersama Guru-guru dan Staf Sokongan Di Bilik Gerakan

Pada hari rabu bersamaan dengan 21 Disember 2011, yang mana mesyuarat untuk pertama kalinya yang diadakan pada bulan disember tersebut bersama guru-guru yang hadir beserta dengan staf sokongan dan ketua jabatan iaitu Guru Besar yang turut meluangkan masa menyampaikan sepatah dua kata untuk agenda mesyuarat yang dilaksanakan pada hari tersebut yang diadakan tepat pada jam 9pagi dan berakhir 11.45 tengahari.

Agenda mesyuarat tersebut membincangkan berkaitan dengan sistem gred bagi setiap jawatan bagi guru-guru dan staf sokongan yang terdapat perubahan dalam sistem gred jawatan masing-masing.  Disamping itu juga, perbincangan yang berkaitan dengan sistem persaraan dalam perkhidmatan yang telah dinaikkan dari umur 58 sehingga tepat umur 60 tahun. Selain itu, terdapat juga perkara berbangkit berkaitan dengan sistem kenaikan gaji yang telah diselaraskan berpandukan gred jawatan yang telah diperkenalkan mengikut sistem gred yang baru dan terkini.  

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...