SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 23 February 2012

Hari Sambutan Majlis Persaraan Cikgu Normah

Selamat Bersara

Pada hari Jumaat bersamaan dengan tarikh 24 Februari 2012, sambutan untuk majlis hari persaraan seorang guru veteran iaitu Puan Normah binti Ahmad yang merupakan seorang guru GPK pentadbiran di sekolah ini yang mana beliau telah berkhidmat lebih dari 10 tahun di sekolah ini dan hari jumaat ini adalah hari terakhir beliau berkhidmat di sekolah ini. Sesungguhnya pengorbanan beliau sebagai seorang guru di sekolah ini amat disanjungi dan beliau telah melalui penah lelah dan perit getir sebagai seorang guru yang mana pengalaman telah meletakkan   sesuatu yang memberi kita dorongan untuk kita mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang beliau menjadi guru baik di sekolah ini mahupun beliau pernah juga menjadi guru di sekolah yang lain sebelum berkhidmat di sekolah ini buat kali yang terakhir sehinggalah beliau bersara dalam tahun 2012. Majlis persaraan beliau dibuat  secara besar-besaran dan penuh gilang-gemilang walaupun pada hakikatnya banyak kekurangan dari segi persediaan dan juga peralatan yang berkaitan dengan perlaksanaan majlis hari persaraan yang diukir oleh pihak sekolah pada kali ini.

Perlaksanaan sambutan hari persaraan tersebut banyak menggunakan ketiga-tiga lokasi seperti dewan besar, kantin dan pintu gerbang sekolah yang mana aktiviti banyak dicetuskan untuk setiap lokasi yang telah di adakan di sekolah ini pada hari jumaat tersebut. Antara gambar-gambar peristiwa sewaktu sambutan Hari Persaraan adalah seperti berikut:-


Pementasan Sambutan Hari Persaraan Pada hari Jumaat tersebut


Video berkaitan dengan suka duka seorang guru yang akan tetap dikenang


Pelamin persaraan

Antara murid-murid yang sempat menghadirkan diri ke dewan pada pagi tersebut


Bagaikan pemaisuri kayangan la


 Pelbagai aneka hadiah yang disusun rapi


 Pengacara majlis yang memulakan tugas di awal pagi


Ustaz Najib untuk bacaan doa

Guru Besarsedang menyampaikan ucapan di hari sambutan perasmian hari persaraan


En. Suhara Affandi Kamaruzzaman yang merupakan Timbalan YDP PIBG sekolah ini menyampaikan ucapan


Ucapan terakhir dari cikgu Normah di dewan sekolah ini


Antara murid-murid yang kusyuk mendengar ucapan


Antara ibu bapa murid dan sebahagian guru yang kusyuk mendengar ucapan di hari persaraan tersebut


 Murid-murid perempuan pun kosyuk mendengar ucapan


Kenangan Cikgu Normah bersama sebahagian murid-murid tahap2

Wednesday 15 February 2012

Program Spell It Right Competition & Program Karnival Sains

Program Yang Diadakan Serentak Di Lokasi Yang Berlainan

Pada hari Rabu, 15 Februari 2012 telah diadakan 2 program yang merupakan pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini yang mana SK (LKTP) Jenderak Utara menjadi tuan rumah untuk program Karnival Sains yang diadakan di dewan Sekolah serta program yang turut dilaksanakan pada hari yang sama iaitu program Spell It Right Competition For Primary Schools District of Temerloh yang mana sebanyak lima belas buah sekolah yang bertanding untuk dua program tersebut di lokasi yang berbeza.

Antara sekolah-sekolah yang bertanding dalam dua program pertandingan pada hari tersebut adalah :-

* SK Pulau Pasir Mandi
* SK (LKTP) Jenderak Utara
* SJK (C) Kuala Krau
* SK Kuala Mai Baharu
* SK Kuala Krau
* SJK (C) Kerdau
* SJK (T) Ladang Bee Yong
* SK Kuala Tekal
* SJK (T) Ladang Sg. Tekal
* SK Paya Luas
* SK Gunung Senyum
* SK (LKTP) Jenderak Selatan
* SK Batu Sawar
* Sk Jenderak
* SK Penderas

Antara gambar-gambar yang sempat diambil dan dirakam sewaktu sesi program spell it right dilaksanakan adalah seperti berikut yang bertempat di makmal komputer:-

Pendaftaran bermula 


 Persediaan untuk spell it right sir


 Semua sudah disediakan untuk persiapan ujian bertulis dan lisan 


Menunggu kedatangan murid-murid dari 15 buah sekolah


 Wajah peserta spell it right dari 15 buah sekolah area Kerdau dan Kuala Krau


 Yang dah dapat kertas tu tekun untuk menjawab soalan bertulis sebelum menghadapi ujian lisan


Cikgu Sya'adiah sedang mengisi kehadiran murid yang telah daftar untuk spell it right

 Kesemua peserta spell it right sedang menunggu giliran untuk perlaksanaan ujian lisan


 Ujian lisan bermula mengikut giliran peserta yang terlibat


Sesi menyemak kertas ujian bertulis spell it right bermula menandakan berakhirnya ujian yang dilaksanakan pada pagi tersebut


Gambar-gambar program Karnival Sains di Dewan Besar SKJU 

Persiapan yang telah dirancang untuk program


 Pengacara dan Penjaga Masa 


 Barisan hakim yang mengadili persembahan murid-murid di Karnival Sains


 Peserta pertama membuat persembahan


Peserta kedua dari salah sebuah sekolah tamil  


 Persembahan dari peserta ketiga yang berkaitan dengan kisah burung pungguk yang mempunyai impian yang menggunung


Persembahan memukau dari peserta keempat yang menjadi wakil kepada SK Kuala Mai Baharu


Sesatunya peserta dari Tuan Rumah yang turut memberi saingan sengit dalam persembahan


Persembahan keenam adalah wakil dari SK (LKTP) Jenderak Selatan


 Persembahan yang mengasyikkan dari peserta yang ketujuh


 Persembahan dari peserta yang seterusnya


Wah, lama menunggu baru yang ini salah satu peserta dari murid lelaki yang lebih mantap dalam persembahan kali ini

Persembahan dari peserta yang terakhir

Setelah selesai kesemua persembahan tadi, upacara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan penilaian dari juri panel dan para hakim yang akan menyampaikan sedikit komen mengenai tirai persembahan sebentar tadi:-  




Penyampaian sijil dan hadiah untuk ujian lisan dan bertulis "spell it right"

Manakala gambar yang dibawah adalah pemenang untuk persembahan bagi yang mewakili sekolah masing-masing





Pemenang Persembahan karnival Sains

Komen dari panel juri dan para hakim berkaitan dengan pencapaian persembahan yang telah ditunjukkan:- 






Bergambar untuk kenangan bersama:- 



TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...