SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 17 May 2012

Sambutan Hari Guru Tahun 2012

HARI GURU S.K. (LKTP) JENDERAK UTARA 2012


Pada hari Rabu bersamaan dengan 16 Mei 2012, sambutan hari guru telah diadakan tepat pada tarikh yang ditetapkan dengan tema "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" yang sememangnya telah ditunggu-tunggu oleh insan yang bergelar guru untuk menghargai jasa dan sumbangan mereka pada anak bangsa dan negara tanpa erti penah lelah dan putus asa dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna baik diri sendiri mahupun berkhidmat dengan orang lain.
Pada hari guru tahun ini juga pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya aktiviti sukaneka antara guru-guru dan kakitangan sokongan, persembahan yang diwakili oleh murid-murid di pentas dewan sekolah dan pelbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan dan paling menaikkan semangat profesion keguruan di hari guru tahun ini. Antara gambar aktiviti yang dapat dipaparkan adalah seperti berikut...:

 Antara murid-murid yang hadir pada hari guru


 Murid pra sekolah juga tidak ketinggalan mendengar taklimat 


 GPK Pentadbiran menyampaikan ucapan dan taklimat beliau pada pagi hari guru tersebut


 Wakil murid yang diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan sempena hari guru pada pagi tersebut


Guru Besar turut menyampaikan ucapan kepada murid-murid serta guru-guru yang hadir pada pagi tersebut

 Pembacaan ikrar Hari Guru disempurnakan oleh GPK Kokurikulum


 Guru Besar (paling kanan) merasmikan sambutan hari guru yang berbentuk replika kad ucapan

 Replika kad ucapan Hari Guru dibuka ketika perasmian dilakukan oleh Guru Besar Pn. Hjh. Ruziah Hj. Ghazali

 Replika kad ucapan yang memaparkan semua guru-guru SKJU beserta pantun Hari Guru


 Lagu Guru Malaysia


Antara kad ucapan yang diperolehi oleh guru pemberian dari murid-murid



 Kek Hari Guru Hijau


Kek Hari Guru yang coklat

Kek Hari Guru yang sebenar


Begitulah suasana hari guru yang diadakan pada waktu pagi hari rabu tersebut yang mana ianya disambut dengan pembukaan rasmi oleh Ketua Majikan kita iaitu Pn. Hjh. Ruziah Hj. Ghazali selaku Guru Besar yang merasmikan proses sambutan Hari Guru untuk sebelah pagi. Manakala sebelah petang pula dirasmikan oleh Tn. Hj. Said Bin Hj. Shafiee yang merupakan Pegawai PPD Jerantut yang menjadi tetamu kehormat kita pada sebelah petang. Antara gambar yang berkaitan adalah seperti yang berikut.....:




































Monday 14 May 2012

Teka Barang Kepunyaan Guru

Program Uji Minda Teka Barang Kepunyaan Guru 

Pada 11 haribulan Mei hari tu terdapat satu kuiz atau program Uji Minda yang dianjurkan oleh pihak sekolah kepada semua murid-murid dari tahun 1 sehinggalah kepada murid-murid tahun 6 yang mana uji minda teka barang-barang kepunyaan guru yang dipasang dipapan kenyataan berdekatan dengan dewan sekolah dan bilik guru di tingkat bawah. Antara gambar aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut....:

 Antara teka-teki dalam bentuk gambar yang dipaparkan di papan kenyataan


 Murid-murid yang berkumpul di gambar-gambar kuiz teka-teki untuk meneliti setiap gambar yang ditampal

 Berusaha untuk meneliti gambar bagi mengetahui pemilik barang oleh guru yang berkenaan dengan barang

 Sibuk sehingga membelakangkan jurukamera

Macam-macam gambar yang ada

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...