SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 28 June 2012

Sambutan Jamuan Hari Jadi

Perlaksanaan Sambutan Jamuan Hari Jadi Prasekolah Peringkat Sekolah Tahun 2012 


Hari jadi untuk murid-murid prasekolah SKJU telah disambut dan diadakan pada hari Khamis bersamaan 28 Jun 2012 di bilik prasekolah dan disertai oleh ramai guru-guru dan kakitangan yang turut hadir di majlis jamuan yang dinantikan oleh kebanyakkan kakitangan dan guru sejak dari 26hb selasa yang sebelum ini. Jamuan Hari Jadi tersebut dihidangkan pelbagai aneka menu dan resepi yang menyelerakan terutamanya nasi ayam, agar-agar, rojak buah dan pelbagai aneka kuih-muih yang telah dihidangkan di hari jamuan tersebut. Selain itu, pelbagai jenis kuih-muih antaranya karipap, kek pisang, meruku, kekacang, puding dan sebagainya yang dihidangkan bersama dengan kek yang paling kreatif untuk sambutan kali ini. Antara gambar yang sempat dipaparkan adalah seperti berikut...:


 Perlaksanaan seperti yang dirancang


 Antara hidangan utama yang telah siap dihidangkan


 Yang ini pula hidangan seperti kuih-muih dan buah-buahan sebagai pembasuh mulut 


 Air fresh oren yang telah disediakan


Antara guru-guru yang telah hadir di hari jamuan pada pagi tersebut dan Mr. Jeremy yang memakai baju batik merah sedang menjamu selera bersama guru dan staf di bilik prasekolah


 Antara murid-murid lelaki prasekolah yang telah bersedia untuk menjamu selera


Yang murid-murid perempuan plak pun sudah bersedia juga


Untuk sambutan yang seterusnya, pelbagai kek yang akan dihidangkan sempena sambutan yang telah dilancarkan walaupun diadakan secara sedarhana tetapi begitu memuaskan kepada sesiapa yang dapat menjamu selera di jamuan ini. 
Seterusnya sambutan Hari Jadi dengan guru iringan murid-murid prasekolah iaitu Pn. Siti Abbaiyah yang akan turut serta dalam majlis sambutan yang diadakan sekitar pagi tersebut...:  









Friday 22 June 2012

Hari Pelaporan SKJU 2012

Suasana Majlis Hari Pelaporan Bagi Tahun 2012


Pada hari Jumaat bersamaan dengan 22 Jun 2012, satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa dengan semua murid yang hadir pada hari tersebut bertujuan untuk menandatangani buku rekod kemajuan murid iaitu sama ada dalam bentuk sahsiah, akademi dan kokurikulum. Selain itu, hari pelaporan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan ibubapa murid baik dalam bentuk perlakuan, sahsiah dan prestasi anak-anak mereka. Dengan ada hari pelaporan ini, ibu bapa dapat mengetahui dengan lebih lengkap dan terperinci berkenaan dengan pencapaian dan prestasi setiap murid dalam setiap ujian dan peperiksaan yang telah diambil oleh murid-murid yang menuntut di sekolah ini. Antara berikut menunjukkan gambar-gambar sempena hari pelaporan yang telah dijalankan...:

 Simbolik Hari Pelaporan yg dibentangkan melalui pembentangan menggunakan microsoft power point


 Cikgu Zaidi selaku pengacara majlis bagi Hari Pelaporan tersebut

Cikgu Zaidi sedang memperkenalkan sesuatu kepada ibubapa murid berkenaan dengan idea yang bernas untuk penawar kepada kejayaan anak-anak mereka

 Sebilangan kaum bapa yang hadir untuk melihat anak-anak merekadi sekolah ini


 Tidak ketinggalan kaum ibu juga turut hadir di dewan pada pagi tersebut


Cikgu Faizan selaku GPK1 sekolah ini menyampaikan ucapan dan amanat sempena hari pelaporan tersebut

Wajah-wajah ibu bapa yang mahu anak-anak mereka berjaya dan menjungjung harapan yang seupaya yang diharapkan

Wednesday 20 June 2012

Hari Program Israk Mikraj

Majlis Sambutan Israk Mikraj Di Surau Sekolah

Pada hari rabu bersamaan 20 Jun 2012, pihak sekolah telah menganjurkan satu sambutan yang diadakan secara sederhana iaitu program memperingati peristiwa Israk Mikraj yang telah diadakan di surau Sekolah berhampiran dengan bangunan baru sekolah. Program peristiwa Israk Mikraj tersebut disambut dengan cara yang boleh dikatakan begitu bermakna kerana ianya adalah suatu peristiwa kebesaran junjungan kita Nabi Muhammad dan sebagai umat Islam wajib mempercayai peristiwa yang penuh bersejarah dan menjadikan umat Islam suatu pengajaran untuk kita bersama-sama bersatu kearah mencapai kejayaan sepertimana yang berlaku dalam peristiwa tersebut.
Sambutan memperingati Hari Israk Mikraj yang diadakan pada sekitar pagi tersebut disempurnakan oleh tiga orang ustaz iaitu Ustaz Najib, Ustaz Shaarizal dan seorang ustaz jemputan iaitu Ustaz Basyiruddin. Sambutan Hari Israk Mikraj Peringkat Sekolah ini diadakan dengan kebanyakkannya adalah lebih kepada ucapan yang disampaikan oleh Ustaz jemputan kita iaitu Ustaz Basyiruddin dan antara gambar yang sempat dirakam adalah seperti berikut>>>>

 Antara murid-murid yang telah hadir ke surau untuk berkumpul mendengar ceramah peristiwa Israk Mikraj yang akan disampaikan sebentar sahaja lagi


Ustaz Shaarizal selaku pungacara majlis Sambutan peristiwa Israk Mikraj

Ustaz Najib (hadapan) sedang membacakan doa bagi melancarkan lagi majlis sambutan pada pagi tersebut

Ustaz Shaarizal menjadi pengacara dengan cara dan gayanya yang tersendiri

Ustaz Basyiruddin yang merupakan ustaz yang dijemput khas untuk menyampaikan ucapan yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Lafaz Permulaan sebelum menyampaikan ucapan)

 Hah, siapa yg nak tengok video berkaitan dengan peristiwa israk mikraj sila angkat tangan


Video yang dipaparkan berkaitan denga peristiwa israk mikraj

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...