SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 12 July 2012

Aktiviti Senamrobik

Senamrobik serta Sukan dan Permainan 


Pada hari selasa bersamaan dengan 10 Julai 2012, terdapat suatu aktiviti yang dijalankan di perkarangan bangunan baru sekolah iaitu aktiviti senamrobik yang melibatkan semua murid, guru-guru dan sebahagian staf sokongan yang hadir ke kawasan perkarangan bangunan baru tersebut. Antara gambar yang dapat dipaparkan bagi aktiviti tersebut adalah seperti berikut...:

 Ustaz Shaarizal sedang mengumumkan perjalanan aktiviti senamrobik yang bakal diadakan sekitar pagi tersebut


 PA Sistem yang telah disediakan

Bacaan doa oleh Ustaz Najib (baju merah) didahulukan sebelum senamrobik dan sukaneka permainan bermula


 Senamrobik bermula


 Senamrobik mengikut panduan yang terdapat di dalam layar seperti yang tertera

Antara murid-murid yang hadir ke sesi senamrobik

Pelbagai kreatiria yang ditunjukkan oleh murid-murid SKJU sewaktu senamrobik dilangsungkan pada pagi tersebut

 Latihan permainan sepak taqraw yang dikelolakan oleh Cikgu Helmi Riza


 Suasana sukaneka permainan sepak taqraw yang diadakan

Aksi dalam sukaneka permainan sepak taqraw yang ditunjukkan oleh murid yang terlibat dalam sukan permainan tersebut


 Suasana sukaneka permainan bola baling

Persediaan peralatan bagi sukaneka dan permainan iaitu badminton


Sukaneka permainan badminton yang dikendalikan oleh Ustaz Najib

Ustaz Najib menunjukkan cara dan kaedah bermain badminton yang sebenarnya


Setelah selesai aktiviti senamrobik dan sukaneka permainan seterusnya upacara sambutan hari jadi kepada kakitangan sokongan dan guru yang lahir dalam sekitar bulan Mei, Jun dan Julai yang mana sambutan Hari Jadi tersebut diiringi dengan jamuan ringan yang diadakan di dewan sekolah. Antara gambar yang sempat diambil adalah seperti berikut...:  


 Kek Hari Jadi yang telah disediakan lebih awal


 Hidangan lauk-pauk yang juga turut disediakan


 Pelbagai aneka lauk dan pilih yang mana suka


Nk jamu kek mesti kena jamu nasi dulu nanti kempunan tak dpt merasai jamuan ini

 Selamat hari lahir kepada sesiapa yang ada dalam gambar sahaja

 happy Birthday untuk Guru-guru lelaki

Happy Birthday untuk 3 Guru dan 1 Staf Sokongan wanita 

Thursday 5 July 2012

Nisfu Syaaban 1433

Program Solat Hajat dan Bacaan Surah Yassin Sempena Hari Nisfu Syaaban 1433.

Pada hari Rabu bersamaan dengan 4 Julai 2012, telah diadakan satu program yang diberi nama Nisfu Syaaban yang telah diadakan di perkarangan hadapan surau sekolah SKJU iaitu berhampiran dengan bangunan baru yang mana program tersebut dilaksanakan dengan mengadakan solat hajat beserta dengan bacaan surah yassin yang diadakan sekitar jam 8pagi tersebut. Dalam pada waktu yang sama, sambutan nisfu syaaban ini diadakan dengan pemberian air gau dan kismis kepada murid-murid serta guru dan staf sokongan yang terlibat dalam menjayakan perlaksanaan program Nisfu Syaaban ini. Seperti dalam gambarajah dibawah terdapat gambar-gambar yang sempat diambil untuk aktiviti program tersebut...:

 Barisan saf solat sunat hajat yang bakal dimulakan dan diimamkan oleh Ustaz Najib Nawawi 


 Jemaah solat sunat hajat wanita yang selesai menunaikan solat sunat hajat




 Antara barisan jemaah lelaki yang sedang bertungkus-lumus mengedarkan senaskah surah yassin kepada setiap jemaah yang selesai menunaikan solat sunat hajat




 Setelah mendapat naskah bacaan surah yassin yang telah diedarkan kepada semua murid-murid


Ustaz Sya'arizal akan memulakan tugas membaca surah yassin 

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...