SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 24 October 2012

Hari Sukan Tahunan SKJU 2012

SAMBUTAN HARI SUKAN SEKOLAH KALI YANG KE 25

Pada hari selasa iaitu bertarikh 23 Oktober 2012, telah diadakan sambutan hari sukan yang julung-julung kalinya diadakan pada akhir tahun bagi tahun ini iaitu yang merupakan tahun keramat dalam sejarah penganjuran sukan yang pertama kali diadakan pada akhir tahun bagi edisi yang kali ke 25 untuk tahun ini. Upacara sambutan sukan tahunan tersebut turut dirasmikan oleh En. Abdul Manan Bin Sartib yang merupakan pengurus besar FELDA Jenderak Utara dan diiringi oleh Yang Dipertua PIBG En. Mohd Salim Bin Muda turut hadir ke majlis  perasmian sukan tahunan tersebut. Selain itu, sukan tahunan ini juga turut diwarnai dengan acara perbarisan yang disertai oleh 4 rumah sukan iaitu Dato Bahaman, Tok Gajah, Perba Jelai dan Mat Kilau manakala rumah Pra Sekolah adalah sebagai undangan bagi acara perbarisan yang sememangnya menarik dan memukau dari segi fesyen pakaian dan muzik perbarisan juga turut memberi semangat kepada peserta perbarisan rumah sukan. Rumah sukan mereka juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri perhiasan yang amat menarik dari segi rekaan, susunan, penambahan bahan dan lanskap yang mengikut warna dan citarasa bagi setiap rumah sukan yang bertanding pada tahun ini. Antara berikut adalah gambar-gambar yang dipaparkan...:


Papan tanda yang telah siap diukir


Papan tanda bagi Tok Gajah iaitu rumah Hijau


Papan tanda rumah merah



Replika Maskod bagi rumah kuning



Hiasan Rumah Sukan Yang Khas Untuk
Murid PraSekolah


Pembawa Bendera Kejohanan Rumah Sukan


Barisan kontinjen rumah sukan yang masih belum bersedia
dan antara ahlinya yang masih berbual dengan rakan mereka


Barisan Kontinjen Rumah Hijau Dengan Maskot Gajah
Yang Bersama dengan peserta perbarisan



Perbarisan Kontinjen Rumah kuning yang telah bersedia
dengan pakaian pengantin tradisi mereka


Rumah Biru dengan kontinjen yang berpakaian
seperti nelayan yang membawa maksud gigih berusaha
tanpa rasa jemu dan tidak berputus asa dalam cabaran



Barisan murid-murid prasekolah yang turut terlibat sebagai
kontinjen bagi acara perbarisan bersama rumah sukan


Sebentar sahaja lagi upacara menaikkan bendera akan
dilangsungkan di hadapan para penonton 

Maskot yang sememangnya sinonim dengan
status rumah Hijau


Acara perbarisan yang diadakan dengan pelbagai aneka gaya dan citarasa bagi setiap hiasan dari rumah sukan masing-masing yang telah dibentuk dan digubal serta dibangunkan dalam tempoh seminggu sebelum hari sukan tahunan bermula pada pagi tersebut dan diiringi upacara menaikkan bendera kejohanan sukan tahunan bagi yang ke 25 dan seterusnya sambutan hari sukan diiringi dengan ucapan dari guru besar, YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda dan seterusnya ucapan dari Pengurus Besar Felda Jenderak Utara iaitu En. Abdul Manan Bin Sartib dan beliau merasmikan upacara sambutan hari sukan sekolah bagi tahun 2012 yang diadakan julung kalinya pada akhir bulan Oktober. 


Tempat duduk dan meja pengurus yang bakal merasmikan
majlis sukan tahunan bersama YDP PIBG hadir di astaka


Guru Besar Pn. Hjh. Ruziah menyampaikan
ucapan pembukaan selepas upacara
perbarisan dilangsungkan



Ucapan yang dialu-alukan dari YDP PIBG

Acara Lumba Lari 200 meter



Penerimaan hadiah kepada setiap peserta rumah sukan yang
berjaya diumumkan 



Keputusan semasa mengikut kadar mata kutipan bagi setiap
rumah sukan yang bertanding


Tuesday 23 October 2012

Raptai Sukan Tahunan dan Latihan Perbarisan

Acara Perbarisan dan Raptai Persediaan Sebelum Sukan tahunan SKJU 2012 

Pada hari Jumaat 19 Oktober 2012 sekitar jam 11pagi, telah diadakan aktiviti raptai dan latihan perbarisan rumah sukan yang turut disertai oleh lima rumah sukan untuk edisi yang ke 25 tahun ini. Untuk raptai pada tahun ini juga turut melibatkan latihan yang seiringan seperti hari sukan kerana untuk membiasakan keadaan dengan latihan dan sukan sebenar yang bakal diadakan yang hanya tinggal tiga hari sahaja lagi. Antara berikut adalah gambar yang dipaparkan untuk raptai bagi perbarisan rumah sukan...:


Raptai atau latihan bagi membawa dan menaikkan bendera
kejohanan


Perbarisan rumah merah



Perbarisan rumah biru 


Perbarisan rumah hijau



Perarakan perbarisan dari rumah kuning

Monday 22 October 2012

Ceramah Kesihatan

Alam Remaja dan Persediaan Menghadapinya

Pada hari Selasa bersamaan dengan 16 Oktober 2012, terdapat satu sesi ceramah kesihatan yang disampaikan kepada murid-murid tahun enam yang mana ceramah tersebut diadakan di Dewan sekolah dan ceramah tersebut disampaikan oleh pegawai kesihatan yang dijemput dari Klinik Kesihatan Kuala Krau dan tajuk utama ceramah tersebut adalah Persediaan menghadapi peralihan ke alam remaja. Ceramah tersebut ditujukan kepada semua murid lelaki dan perempuan tahun enam sahaja dan Pegawai kesihatan yang menyampaikan ceramah tersebut adalah seorang jururawat kesihatan iaitu Pn. Adibah dan turut dibantu oleh Cik Noraini. Antara gambar yang sempat dipaparkan adalah seperti berikut....:


Penyampaian ceramah dalam bentuk powerpoint yang 
dipaparkan di layar skrin


Antara murid-murid lelaki yang hadir ke dewan untuk
mendengar sesi ceramah


Murid perempuan tidak ketinggalan dalam mengikuti 
sesi ceramah yang bakal disampaikan


Cikgu Zaidi selaku host atau pengacara yang mengundang
kepada bakal penceramah yang akan disampaikan
pada pagi  tersebut



Dua penceramah yang dijemput akan menyampaikan tajuk yang bakal 
diketengahkan kepada murid-murid tahun enam



Jika video seperti berikut tidak dapat dibuka sila ke laman web youtube dan buka video
yang bernama DSCN4125 dan seterusnya cari tajuk edzadfrevion



Bergambar setelah selesainya ceramah 

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...