SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 15 August 2012

Ucapan Penutupan Bulan Ramadhan dan Pemberian Duit Raya

Ucapan Sempena Hari Akhir Persekolahan Di Hujung Bulan Ramadhan 

Pada hari Rabu bersamaan dengan 15 Ogos 2011, 27 Ramadhan 1433, terdapat suatu program yang telah diadakan di dewan besar sekolah yang dihadiri oleh murid-murid tahun 1 sehingga tahun 5 manakala tahun 6 sedang menduduki peperiksaan tambahan bagi menghadapi UPSR.  Majlis tersebut turut diiringi oleh Ustaz Najib, Cikgu Zaidi, Ustaz Sha'arizal serta guru panatia subjek yang terlibat termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam. Sekitar pagi tersebut juga terdapat upacara penyampaian duit raya. Antara pejalanan aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut....:


 Ustaz Najib menyampaikan tazkirah dan amanat yang terakhir bagi amalan bulan puasa dan solat sunat hari raya Aidilfitri


Antara murid-murid yang hadir pada hari terakhir di bulan ramadhan


Tiba giliran Ustaz Sha'arizal untuk menyampaikan tazkirah Hari Raya Aidilfitri 1433 yang bakal menjelma 4 hari sahaja lagi

Dah tak sabar nak dapat duit raya sampai mendakap muka


Tuesday 14 August 2012

Jamuan Berbuka Puasa Peringkat Sekolah

Majlis Berbuka Puasa SKJU 2012

Pada hari Jumaat 3 Ogos 2012 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1433 telah diadakan suatu majlis berbuka puasa peringkat sekolah iaitu sekitar jam    7 petang tersebut dengan kehadiran oleh guru besar, guru GPK Pentadbiran, guru GPK Hem, guru GPK Koko dan semua guru-guru bersama dengan keluarga masing-masing di jamuan berbuka puasa. Selain itu, pelbagai juadah turut dihidang termasuk kuih-muih beserta dengan lauk pauk dan juga banyak lagi aneka juadah yang telah dihidang serta terdapat juga para tetamu yang secara sukarela membawa juadah dari rumah atau dari ba'azar ramadhan semata-mata untuk menambahkan lagi citarasa aneka juadah berbuka puasa pada petang tersebut. Selain guru-guru terdapat juga staf sokongan yang hadir termasuk pekerja swasta yang turut bersama menyumbang tenaga dalam menjayakan sambutan jamuan berbuka puasa pada petang hari tersebut. Majlis berbuka puasa tersebut turut menjemput seorang ustaz yang merupakan seorang ustaz yang sememangnya terkenal di sekolah ini untuk melaungkan azan waktu berbuka puasa pada jam 7.32 petang setelah masuknya waktu berbuka puasa.



TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...