SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Monday 28 January 2013

Prihatin UPSR 2013

Program Hari Prihatin UPSR 2013

Pada hari Rabu bersamaan 23 januari 2013 telah diadakan majlis hari prihatin UPSR yang telah diadakan di dewan sekolah bersama dengan penceramah, pengacara, pembaca doa, murid-murid tahun 6 serta ibu bapa mereka yang hadir ke dewan sekitar awal pagi tersebut. Majlis prihatin UPSR ini juga dipengacarakan oleh cikgu Zaidi dan seterusnya sesi bacaan doa oleh Ustaz Sha'arizal Mansor manakala yang turut hadir bersama ke majlis ini adalah Guru Besar, guru GPK HEM dan penyampai ucapan jemputan pada majlis prihatin UPSR 2013 iaitu   Pn. Nurul Ezzati Husna Binti Nissak yang merupakan wakil pengurus pejabat FELDA di Jenderak Utara. Antara gambar yang berkaitan dengan majlis Prihatin UPSR tersebut adalah seperti berikut :


 Tayangan dalam bentuk LCD projektor
melalui perisian microsoft office power point



 Ustaz Sha'arizal untuk bacaan doa



 Cikgu Zaidi (Kiri) selaku pengacara majlis



 Antara ibu bapa murid tahun 6 yang hadir



Slot berkaitan dengan agenda yang bakal 
diketengahkan dalam program Prihatin UPSR 2013


 Penceramah jemputan yang merupakan wakil
pengurus Pejabat Felda Jenderak Utara
(Tengah)

Sunday 20 January 2013

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas

Sesi Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekekolahan 2013 Parlimen Kuala Krau

Pada hari Khamis bersamaan dengan 17 Januari 2013 telah diadakan suatu sesi pemberian wang bantuan kepada setiap murid-murid sebanyak RM100 seorang yang dilangsungkan sekitar jam 11 sehingga jam 1 tengahari di dewan sekolah. Majlis penyerahan itu juga dirasmikan oleh YB Dato Hj Mohamed Bin Jaafar yang merupakan adun parlimen Jenderak serta YB Dato Hj Ismail Bin Hj Mohamed Said.
Sebelum sesi penyerahan dilakukan, ucapan yang dialualukan oleh Guru Besar Pn. Hajah Ruziah Binti Hj Ghazali dan seterusnya ucapan oleh YB Dato Hj Mohamed dan seterusnya ucapan dari YB Dato Hj Ismail dilangsungkan dengan jayanya untuk memeriahkan lagi upacara majlis yang dibuat di dewan sekolah pada waktu tengahari tersebut.
Selain itu, ramai ibu bapa murid yang berkesempatan hadir ke perkarangan luar bilik guru untuk pendaftaran dan ada diantara ibu bapa murid yang sudah menunggu di dewan sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan majlis yang dijalankan pada waktu dan hari tersebut. Kehadiran ibu bapa murid di sekolah ini adalah yang terawal sebelum kehadiran VIP jemputan yang hadir sekitar jam 12 tengahari.
Selain dari itu, upacara majlis ini turut dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata yang berupa hadiah berbentuk hamper buah-buahan serta majlis ini dimeriahkan lagi dengan jamuan hidangan tengahari sekitar jam 1 tengahari di kantin sekolah. Antara suasana sesi majlis dan jamuan yang dilangsungkan adalah seperti berikut:


Kesemua kerusi dan meja yang telah siap disusun rapi

Tempat ucapan yang telah diaturkan


Tempat duduk tetamu yang terdiri dari kaum ibu bapa


Pemasangan Kain Rentang Pada Bahagian Dinding
Pentas Dewan



Pandangan dari sisi sebelah dewan sekolah



Antara hadirin yang terdiri dari ibu bapa yang masih
belum memasuki dewan




Pendaftaran bermula pada jam 11.32pagi

Kerja pendaftaran sedang giat dilakukan di luar dewan


 Antara sebilangan dari ibu bapa yang hadir telah
memasuki dewan



Hamper yang berupakan bungkusan buah-buahan




Antara barisan hadapan di majlis PWBAP 2013




Cikgu Helmi Riza selaku pengacara majlis



Cikgu Helmi sempat berkreativti dalam
menyampaikan sesi ucapan sebagai
selaku pengacara majlis



Barisan panel jemputan


Bacaan doa oleh Ustaz Najib

Video ucapan awal dari Guru Besar SK (FELDA)
Jenderak Utara


YB Dato Hj Mohamed Bin Hj Jaafar
menyampaikan ucapan

Ucapan oleh YB Adun Jenderak di sesi penyerahan
wang bantuan awal persekolahan di dewan SKJU



YB Dato Hj Ismail Bin Hj Mohamed Said


Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar kepada YB Dato
selepas selesainya sesi pemberian wang bantuan
kepada murid-murid dan ibu bapa yang hadir yang
mewakili murid di sekolah ini



Sesi penyampaian wang bantuan persekolahan
kepada murid-murid SKJU


Suasana jamuan di kantin sekolah setelah selesai upacara majlis penyerahan wang bantuan awal persekolahan sekitar waktu tengahari tersebut :  








TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...