SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 24 March 2013

Minggu Anti Dadah

Kempen Minggu Anti Dadah dan Rokok

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 22 Mei 2013 iaitu hari yang telah berlangsungnya hari minggu Pembasmi Penyalahgunaan Dadah yang telah diadakan di peringkat sekolah. Minggu anti dadah ini juga adalah satu kempen yang telah dilangsungkan di dewan sekolah sekitar jam 10 pagi sehingga 12 tengahari pada hari dan tarikh tersebut. Kempen minggu anti dadah ini juga turut diadakan pelbagai sesi persembahan yang berkaitan dengan membaca sajak, puisi dan syair sempena minggu Pencegahan Penyalahgunaan dadah yang dipengacarakan oleh Cikgu Zaidi. Selain itu, pertandingan mewarna sempena Kempen Pencegahan Penyalah-gunaan Dadah turut diadakan bagi memeriahkan lagi kempen yang dijalankan. Gambar dibawah adalah gambar suasana kempen Minggu Pencegah Penyalahgunaan Dadah yang diadakan pada hari tersebut:

Suasana pentas ketika Sambutan Minggu 
Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

Penyampaian Sajak yang disampaikan 
mengikut kreativiti oleh setiap murid yang bertanding



 Penyampaian sajak dari murid perempuan 
berkaitan dengan dadah musuh negara



Antara sebilangan murid-murid yang hadir di dewan 
sempena Minggu Sambutan Pencegahan Penyalahgunaan
Dadah peringkat sekolah

Pertandingan mewarna yang disertai oleh 
sebilangan murid tahap 1

Sebilangan murid perempuan turut menyertai pertandingan
mewarna yang terbuka sepenuhnya kepada murid 
tahap 1

Salah satu contoh kertas mewarna PPDa

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...