SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 7 April 2013

Kem Motivasi Murid Tahun 6 Bilangan 1

Kem Motivasi Murid-murid Tahun 6  Bilangan 1 Tahun 2013 

Pada sekitar awal bulan April 2013 telah diadakan kem motivasi yang disertai oleh kebanyakkan murid tahun enam yang mana kem motivasi ini telah diadakan selama tiga hari iaitu bermula hari Rabu, Khamis dan Jumaat yang bertempat di Jabatan Perhilitan Felda Jenderak Selatan. Kem Motivasi tersebut juga turut diadakan dengan jayanya yang bermula pada jam 10pagi hari rabu dengan pendaftaran dilakukan oleh semua murid tahun enam yang terlibat dan diiringi oleh guru tahun enam iaitu cikgu Ekhwan, cikgu Helmi, Ustaz Najib, cikgu Zaidi, cikgu Shah Hanim, cikgu Eaza dan cikgu Hasnita.
Selain itu, kem motivasi ini juga turut diadakan dengan pelbagai aktiviti seperti malam persembahan yang terdiri dari lakonan, penyampaian sajak, syair, dan nyanyian. Sebelum malam persembahan diadakan telah bermulanya latihan bagi persembahan yang bakal diadakan pada malam khamis yang merupakan malam pertama bagi menjernihkan lagi serta memeriahkan suasana sambutan malam persembahan bagi peserta kem motivasi murid tahun enam tersebut. Kem motivasi ini juga dinamakan kem wirawaja iaitu yang telah diadakan bermula tarikh 3 April sehingga 5 April 2013 iaitu selama 3 hari dua malam. Antara gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut...:

Latihan yang bakal membuat persembahan dikir barat

Yang ini adalah latihan bakal kumpulan yang buat
persembahan nyanyian

Salah satu kumpulan yang di dalam tutorial iaitu  kumpulan
 Al-Jannah sedang mendengar amanah dari ustaz Najib
 berkaitan dengan latihan persembahan pada petang tersebut


Malam persembahan yang dinantikan yang mana
 pembentangan dimulai oleh Kumpulan Jaguh Kampung


Seterusnya pembentangan oleh Kumpulan Saifullah
dengan slogan Kami Pasti Boleh


Yang ini adalah pembentangan dari Kumpulan yang
bernama Al-Jannah


Yang terakhir adalah pembentangan oleh Kumpulan
yang diberi nama 1 Malaysia dengan slogan Kami Berani

Pn. Shah Hanim menyampaikan
ucapan dan amanat setelah selesai tugasan
persembahan ringkas dari murid tahun 6  


Abang Ekhwan yang menjadi imam untuk malam pertama
solat magrib


Persembahan dari kumpulan 1 Malaysia iaitu persembahan
yang berbentuk lakonan



Persembahan dari kumpulan Jaguh Kampung yang
membuat persembahan dikir barat

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...