SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 31 October 2013

Aktiviti Perkhemahan SKJU 2013

Program Aktiviti Perkhemahan Murid-murid Tahap Dua SKJU 2013

Sekitar waktu pagi hari Rabu 30 Oktober 2013 telah diadakan suatu aktiviti perkhemahan yang dibuat di kawasan ladang kelapa sawit yang tidak jauh dari padang sekolah yang mana ianya terletak berhampiran juga dengan kawasan sekolah dengan penyediaan khemah sebanyak 13 buah khemah disediakan oleh pihak sekolah untuk menjayakan program perkhemahan bagi tahun ini. Aktiviti perkhemahan ini juga turut diceriakan dengan aktiviti Absailing & Descending dan malam persembahan yang berkaitan dengan tajuk menjaga kebersihan persekitaran alam sekitar.  Antara gambar aktiviti yang dilakukan sewaktu program tersebut diadakan adalah seperti berikut...>>>>

Antara bilangan khemah yang telah disediakan oleh
pihak penganjur

Khemah yang boleh dikatakan dapat menampung 4orang
peserta 


Murid tahap 2 yang menjadi peserta program perkhemahan


Sebahagian khemah peserta perempuan yang ditempatkan
di bahagian belakang berdekatan sebelah gelanggang
bola tampar


Khemah peserta lelaki yang diletakkan di sebelah berdekatan
dengan padang dan astaka sekolah



Amanah dari fasilitator bertugas kepada peserta

Dalam program perkhemahan pada kali ini, aktiviti absailing dan descending adalah suatu aktiviti yang amat dinantikan serta diadakan buat pertama kalinya kerana aktiviti sedemikian masih belum dilaksanakan pada tahun-tahun yang lepas.....>>>>  






















Setelah aktiviti absailing selesai, seterusnya aktiviti malam persembahan kebudayaan dan teater oleh murid-murid berkaitan dengan nyanyian dan lakonan yang dilangsungkan adalah bertajuk kepentingan memelihara alam sekitar....>>>>  

Nampak bersemangat mereka siap buat 'peace' lg kan

Suasana di dewan pada malam persembahan

Cikgu Zulkiman selaku pengacara pada sesi malam
persembahan yang akan diadakan sebentar sahaja lagi


Persembahan oleh peserta yang berbentuk dikir barat


Persembahan berbentuk nyanyian


Dalam aktiviti perkhemahan ini juga turut diadakan serentak dengan taklimat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh yang turut hadir bersama di dewan sekolah bagi memenuhi aktiviti perkhemahan murid-murid tahap 2yang merupakan peserta program perkhemahan pada kali ini. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut...>>>>  

Jabatan Bomba yang telah tiba bersama dua krew bertugas

Cikgu Zulkiman selaku pengacara
yang bertugas mengendalikan
taklimat tersebut

Antara peserta perkhemahan yang telah bersiap sedia
dengan taklimat yang akan disampaikan sebentar sahaja
lagi

Penyampai ceramah taklimat oleh
Tuan Rofizi Bin Abd Rahman

Cenderamata dari Tuan Guru Besar kepada Penceramah

Sesi Bergambar bersama anggota bomba setelah selesai
taklimat



Tuesday 29 October 2013

Program Taklimat Keselamatan SKJU 2013

Hari Penyampaian Taklimat Berkaitan Dengan Pencegahan Jenayah Dan Tindakan Keselamatan

Pada Hari Selasa 29 Oktober 2013, sekolah kita telah membuat program yang amat dinantikan iaitu program yang merupakan julung-julung kali diadakan di sekolah dengan menjemput seorang penceramah yang merupakan seorang pegawai Polis yang berpangkat Sarjan Mejar Othman Bin Mohamad yang hadir bersama dua anggota polis yang berpangkat Lans Koperal hadir ke dewan sekolah bagi menyempurnakan sesi taklimat yang diadakan pada waktu pagi hari tersebut. Kehadiran Tuan Sarjan Mejar Othman juga turut di umumkan oleh pengacara majlis iaitu Cikgu Mohd Ekhwan sewaktu bermulanya sesi taklimat. Dalam sekitar waktu sesi taklimat bermula Tuan Sarjan telah mengumumkan akan memberi cenderamata kepada memana murid-murid yang dapat menjawab soalan yang bakal disampaikan setelah selesai dan di hujung akhir sesi taklimat yang beliau ajukan kepada murid-murid yang hadir di dewan sekolah sekitar pagi tersebut bersama guru serta staf sokongan yang bertugas sepanjang sesi taklimat diadakan. Dalam waktu keseluruhan sesi taklimat diadakan, terdapat pelbagai perkara serta unsur jenayah yang ditunjukkan oleh Tuan Sarjan Mejar antaranya berkaitan dengan peras ugut, kes bunuh, kes rogol, kes pecah rumah, kes samun dan sebagainya. Antara gambar aktiviti yang dapat dipaparkan adalah seperti berikut....>>>>

Antara peralatan seperti LCD dan komputer riba telah disedia


Murid-murid yang sudah bersedia untuk mendengar
taklimat yang bakal disampaikan


Cikgu Ekhwan yang menjadi pengacara


Antara program taklimat yang akan diketengahkan
sebentar sahaja lagi melalui perbantangan power point

Ucapan aluan oleh Sarjan Mejar Othman untuk permulaan
taklimat yang bertajuk tindakan keselamatan

Seterusnya selepas selesai sesi taklimat keselamatan, sesi soal jawab dimulakan...>>>
















Setelah selesai sesi taklimat dan sesi soal jawab seterusnya penyampaian cenderamata kepada Sarjan Mejar Othman oleh GPK Pentadbiran dan seterusnya sesi pergambaran Tuan Sarjan Mejar bersama murid tahun enam dan guru penolong. 


TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...