SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 18 September 2013

Konvoi Berbasikal Hari Malaysia 2013

Konvoi Berbasikal Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah  

Pada hari Selasa bertarikh  17 September 2013 bersamaan dengan 11 Zulkaedah 1434 telah diadakan satu sesi konvoi berbasikal oleh murid-murid tahun dua, tiga, empat, lima dan enam yang ada basikal  peribadi mereka masing-masing. Sempena Hari konvoi berbasikal, kesemua murid yang ada basikal dibenarkan mengayuh basikal mereka mengikut track laluan yang telah dirancang oleh penganjur sambutan yang telah dijalankan dengan memulakan laluan di hadapan sekolah dan seterusnya melalui laluan sepanjang tiga kilometer sebelum tiba di Pejabat Felda iaitu bagi sesi rehat dan singgah sebentar di lokasi tersebut serta sesi persembahan seni silat cekak Harimau serta persembahan nyanyian lagu Patriotik bertajuk Darah Satria di hadapan kakitangan Pengurus Pejabat Felda dan YDP PIBG En. Mohd Salim Bin Muda. Persembahan di pejabat felda tersebut turut melibatkan keseluruhan murid tahun lima dan sebahagian dari murid tahun empat dan tahun enam.
          Pada hari tersebut juga, pelbagai hiasan yang telah dibuat pada setiap basikal yang terlibat dan digunakan dalam sesi konvoi Hari Malaysia dengan mengibarkan bendera di setiap basikal masing-masing sama ada bendera kecil atau bendera besar dan juga turut melibatkan hiasan lain iaitu hiasan yang begitu kreatif dan pelbagai corak hiasan yang telah dipamerkan pada basikal yang dipergunakan pada hari konvoi berbasikal Hari Malaysia tersebut. Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut>>>>

Antara basikal yang telah dibenarkan dan diluluskan
dalam program konvoi yang bakal dianjurkan


Murid-murid telah berkumpul lebih awal di
tapak perhimpunan

Basikal yang telah dihiasi dengan bendera dan riben
serta hiasan sampingan yang lain

Sebahagian murid-murid yang telah bersiap-sedia 



Antara murid-murid yang telah mengambil basikal
bagi bersiap-sedia dalam menyertai konvoi 


Semua yang ada basikal dapat menyertai konvoi


Macam-macam jenis basikal dan aneka pelbagai
bentuk


Basikal yang membawa jalur gemilang yang bersaiz
besar



Betapa patriotiknya mereka kerana meletakkan
bendera yang lebih besar dari basikal mereka


Hiasan basikal yang paling cantik
untuk setakat ini

Pintu gerbang yang bakal jadi garisan permulaan



Sebahagian murid-murid yang telah membawa basikal



Patriotik sampai 2 bendera termasuk bendera negeri



Konvoi bakal dimulakan dengan mengikut kriteria
dan pelbagai kreativiti basikal



Bagi memana yang tiada basikal maka tak boleh
konvoi bersama pada hari kejohanan tersebut

Konvoi akan dimulakan dengan pelbagai jenis basikal



Antara sebahagian murid-murid yang di baris hadapan
dalam menyertai konvoi 


Barisan hadapan akan bergerak konvoi terlebih dahulu



Suasana permulaan dalam konvoi berbasikal



Antara trak dan laluan yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur

Semangat patriotik yang tidak pernah pudar



Barisan konvoi yang menunggu kawan yant tertinggal


Konvoi diteruskan sehingga sampai ke destinasi

Salah sebuah basikal yang tidak memasang bendera
dan mempunyai hiasan yang kreatif




Antara basikal yang telah sampai lebih awal di pejabat
felda 




Basikal yang telah sampai disusun dengan teratur
untuk mengelakan kesesakkan

Cikgu Ekhwan selaku pengacara bagi
sesi sambutan konvoi di pejabat felda

Persembahan pertama dari murid tahap 2


Persembahan seni silat cekak harimau


Persembahan berupa bunga silat cekak harimau

Antara adegan dan bunga persembahan dalam silat



Yeah!! Musuh mereka sudah dijatuhkan



Selesai sudah persembahan silat



Persembahan nyanyian lagu patriotik yang menjadi
persembahan kedua oleh murid tahap 2

Nyanyian lagu patriotik yang bertajuk Darah Satria
akan dimulakan



Nyanyian sudah berkumandang dan dinyanyikan
dengan penuh semangat


Ucapan aluan dari Tuan Guru Besar


Ucapan dari YDP PIBG


Perasmian penyampaian bendera konvoi oleh Pegawai
Pejabat Felda kepada Tuan Guru Besar

Penerimaan bendera konvoi berbasikal dgn rasminya



Penerimaan cenderamata berbentuk bendera sempena
sambutan konvoi berbasikal Hari Malaysia
dengan kerjasama Pejabat Felda

Monday 9 September 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan Hari Raya 2013 SKJU  


Sambutan hari raya Aidilfitri pada kali ini diadakan serentak bersama sambutan hari kemerdekaan pada minggu akhir bulan tersebut dan dibuat pada 30 Ogos 2013 bersamaan 22 Syawal 1434 hari Jumaat. Majlis sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah untuk kali ini diadakan di dua lokasi iaitu di tapak perhimpunan sekolah serta di dewan sepertimana yang pernah dibuat pada tahun yang sebelumnya. Namun persiapan hari raya tersebut telah dibuat sekitar waktu petang iaitu antara waktu 1 tengahari sehingga jam 4petang pada hari sebelumnya iaitu 29 Ogos 2013. Antara suasana sambutan Hari Raya serta aktiviti persiapan hari raya turut diadakan antaranya seperti berikut>>>>























Seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada hari Jumaat telah diadakan sekitar waktu pagi di kawasan tapak perhimpunan dan di kawasan dewan serta tempat menjamu selera dibuat di kantin dan di dewan. Antara suasana hari raya adalah seperti berikut>>>> 

















TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...