SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 17 November 2013

Hari Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan SKJU 2013

Sambutan Hari Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan 2013

Pada Hari Khamis bersamaan 14 November 2013 telah diadakan satu majlis sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan dan sesi penyampaian hadiah telah diadakan untuk penutupan sesi persekolahan untuk tahun 2013 pada kali ini. Hari Anugerah Kecemerlangan pada kali ini dirasmikan oleh YB Dato Hj. Mohamed Bin Hj. Jaafar yang merupakan Adun Jenderak yang hadir bersama barisan penyeri majlis sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan dan penyampaian hadiah tersebut. Antara barisan perasmian yang hadir adalah En. Mohd Salim Bin Muda selaku YDP PIBG, Tuan Guru Besar dan YB Dato Hj. Mohamed Bin Hj. Jaafar yang menjadi perasmi utama untuk sesi Hari Pendidikan dan Hari Penyampaian Hadiah bagi Anugerah Kecemerlangan murid-murid SKJU yang telah berjuang dalam akademi dan kokurikulum serta sahsiah mereka dan kini telah tiba masanya apa yang murid-murid usahakan hasilnya adalah setimpal dengan usaha mereka untuk berjaya dan kepada mereka yang tidak berjaya diharapkan mencuba lagi....>>>>

Persediaan yang telah dibuat dengan lebih terancang 


Bahagian pentas yang telah dikemaskinikan


Tempat VVIP yang telah disediakan lebih awal


Antara hadiah dan hemper yang disediakan untuk cabutan
bertuah dan cenderamata kepada perasmi majlis

Hadiah yang berbentuk bungkusan dan beg galas berbentuk
kecil yang merupakan hadiah kepada murid prasekolah


Hadiah yang berbentuk trofi dan cenderamata


Tempat duduk VIP dan yang merasmikan majlis sambutan
Hari Pendidikan dan Penyampaian Hadiah serta Hari
Anugerah Kecemerlangan murid SKJU 2013


Bacaan doa oleh Ustaz Sha'arizal


Persembahan pertama yang menyanyikan lagu nasyid
yang bertajuk Hijrah di Awal Muharram


Ucapan aluan dari Tuan Guru Besar


Ucapan aluan dari YDP PIBG


Ketibaan YB menyampaikan ucapan serta
merasmikan majlis sambutan Hari
Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan
bagi tahun 2013


Seterusnya persembahan silat oleh Pekerja Sekolah iaitu
En. Nizam yang akan melakukan persembahan dengan
tarian seni silat


Persembahan silat yang memukau


Persembahan silat dari murid tahun 4 dan tahun 5


Bunga permulaan persembahan silat


Wednesday 6 November 2013

Hari Keluarga SKJU 2013

Sambutan Hari Keluarga SKJU

Sekitar jam 11.40 pagi saya bersama rombongan guru-guru dan staf sokongan yang turut serta bertolak dari Petronas Desa Bakti menuju ke destinasi yang dirancang iaitu Maninjau Chalet yang terletak di Janda Baik untuk sambutan Hari Keluarga bagi guru-guru serta staf sokongan SKJU untuk tahun ini. Perjalanan dari Lanchang ke Janda baik mengambil masa sekitar 1jam 10 minit berikutan untuk naik ke jalan yang curam dan banyak selekoh setelah tiba di Bukit Tinggi sebelum menuju ke destinasi iaitu Maninjau Chalet yang terletak berdekatan dengan laluan di kawasan Janda Baik. Antara gambar santai dan reakiasi adalah seperti berikut....>>>>

Bahagian Hadapan Signboard dan Pintu Gerbang Utama

Sebuah rumah yang berdekatan dengan Pintu Gerbang
Utama

Syele yang menjadi kediaman kepada pengunjung yang
datang ke Maninjau Chalet

Tempat tidur bagi pengunjung di Maninjau Chalet Janda
Baik

Pesta BBQ yang diadakan


Antara mereka yang bekerjasama dalam memasak BBQ
dan hidangan dinner pada malam minggu


Hidangan BBQ yang telah siap dimasak


Siaran Langsung Bola Sepak Perlawanan Akhir
menjadi tontonan pada Malam 3 November di
Hari Keluarga


Antara penyokong yang hadir pada Hari Keluarga

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...