SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday 28 January 2014

Larian Merentas Desa SKJU

Program Larian Merentas Desa dan Marathon 2014

Program larian merentas desa ini bermula pada sekitar waktu pagi iaitu tepat pada jam 8.15 pagi dan berakhir sepenuhnya pada jam 9.32 pagi hari Rabu yang mana keseluruhan murid-murid berkumpul di dewan selepas larian merentas desa selesai dijalankan. Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu larian merentas desa dibuat adalah seperti berikut....>>>>








 

Watikah Pelantikan Pengawas SKJU 2014

Watikah Perjanjian Dalam Pelantikan Pengawas 2014 

Pada hari Isnin sekitar waktu 8 pagi terdapat satu sesi penyempurnaan perjanjian serta watikah pelantikan pengawas untuk kategori Penguasa Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. Watikah pelantikan pengawas ini adalah dibuat pada 27 Januari hari Isnin selepas sahaja selesai perhimpunan mingguan untuk pagi tersebut dan Watikah Pelantikan Pengawas dibuat melalui cara menandatangani perjanjian dalam borang rasmi akujanji yang diketuai oleh Ketua Pengawas lelaki dan perempuan yang mewakili perjanjian dalam tandatangan tersebut. Antara gambar-gambar yang berkaitan dengan watikah pelantikan adalah seperti berikut....>>>>










 


Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah 2014

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun Satu SKJU 2014

Pada hari Rabu minggu yang lalu, terdapat satu sesi yang telah dijalankan oleh Petugas yang datang dari Klinik Kesihatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Sekolah telah hadir ke sekolah bagi membuat satu pemeriksaan kesihatan keatas murid-murid tahun satu untuk sesi 2014 pada kali ini. Sesi pemeriksaan kesihatan untuk tahun ini dijalankan di dewan besar sekolah kerana penggunaan bilik kesihatan masih digunakan oleh jururawat pergigian. Antara gambar-gambar sewaktu pemeriksaan kesihatan sedang dijalankan adalah seperti berikut....>>>>

Tekun melihat dengan satu mata

Ini Huruf   apa

Baju kenapa tak masuk dalam

Antara huruf yang menjadi ujian murid
 tahun 1

Sister iringi murid lelaki membaca huruf

Sister pun tidak ketinggalan dalam
mengiringi murid perempuan

Tengok huruf dengan satu mata


Penyediaan alat untuk pemeriksaan kesihatan oleh
Jururawat Masyarakat

Sister tidak ketinggalan membantu petugas yang terdiri
dari doktor dan jururawat

Suntikan untuk mencegah penyakit polio dan penyakit
Difteria

Sister yang turut membantu dalam
penyediaan alat suntikan


Titisan untuk ubat mencegah campak

Suasana sewaktu murid masih ramai

Suasana sewaktu murid dan tinggal lagi beberapa orang saja

Hanya tinggal murid lelaki sahaja selepas itu

Antara murid lelaki yang terakhir yang kena suntikan

Bergambar bersama dokter

Sunday 26 January 2014

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian Peringkat Sekolah Bulan Januari 2014

Sekitar bulan Januari awal tahun 2014, sesi pemeriksaan kesihatan berkaitan dengan gigi dan mulut telah dibuat di bilik utama kesihatan bersebelahan dengan bilik SPBT iaitu yang merupakan bilik penyimpanan buku teks. Antara gambar-gambar yang berkaitan dengan sesi pemeriksaan adalah seperti berikut.....>>>

Kelengkapan peralatan telah disediakan sepenuhnya

Sesi pemeriksaan sedang dijalankan oleh petugas dan
jururawat pergigian

Antara murid-murid yang terlibat dan sedang menunggu
giliran untuk menjalani pemeriksaan pergigian

Suasana sebenar di bilik rawatan pergigian

Peralatan yang lengkap untuk memudahkan pemeriksaan
dijalankan dengan sepenuhnya

Thursday 16 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Tahun 2014

Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w Peringkat Sekolah

Pada hari Rabu bersamaan 15 Januari 2014 iaitu Hari yang disambut pada setiap tahun 12 Rabiul'awal sempena Hari Keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w  yang disambut dengan diiringi solat sunat hajat dan seterusnya bacaan surah yassin. Sambutan Maulidur Rasul ini juga tidak ketinggalan dengan perarakkan oleh murid-murid yang hadir ke sekolah pada hari tersebut yang mana mereka semua berkumpul di tapak perhimpunan terlebih dahulu sebelum perarakkan dilangsungkan selepas selesai bacaan yassin dan solat sunat hajat. Sambutan Maulidur Rasul ini juga diadakan setiap tahun untuk memperingati hari kelahiran Junjungan Besar iaitu Nabi Muhammad s.a.w  yang merupakan rasul yang terakhir bagi seluruh umat Manusia dan umat Islam secara keseluruhannya.  Upacara perarakkan turut melibatkan semua murid SKJU yang hadir serta sebahagian guru termasuk Guru Besar turut bersama dalam upacara perarakkan Maulidur Rasul sekitar waktu pagi tersebut bersama GPK Pentadbiran. Upacara perarakkan tersebut bermula pada jam 8.50 pagi dan berakhir sekitar awal 9pagi dengan diiringi dengan bacaan selawat dan zikir kepada Rasulullah s.a.w.

























Setelah selesai perarakkan Maulidur Rasul, satu sesi ceramah yang telah diadakan di dewan dengan seorang Ustaz  yang dijemput khas untuk menyampaikan sesi ceramah Maulidur Rasul bagi tahun ini iaitu Ustaz Saiful yang dari SK Kuala Krau telah hadir di dewan untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan peristiwa sempena hari sambutan sekitar pagi tersebut.  

Ketibaan Ustaz Saiful di dewan bagi menyampaiakn sesi
ceramah bertajuk Cinta Rasulullah s.a.w


Ustaz Saiful menyampaikan sesi ceramah
beliau bersama murid-murid yang hadir
pada hari Sambutan Maulidur Rasul

Antara murid-murid yang hadir dan kusyuk mendengar

Suasana di hadapan dewan ketika ceramah sedang
disampaikan oleh Ustaz Saiful

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...