SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 18 May 2014

Hari Guru 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Pada tahun ini sambutan hari guru diadakan pada hari Jumaat 16 Mei 2014 yang telah dilangsungkan dengan jayanya bersama guru-guru dan kakitangan sokongan serta kakitangan swasta yang lain. Sambutan Hari Guru urut diadakan di tiga lokasi iaitu di tapak perhimpunan, perkarangan bangunan baru sekolah dan di dewan Pak Sako. Antara suasana sambutan adalah seperti berikut>>>>








Seterusnya sukaneka Hari Guru dibuat di perkarangan tapak yang berhampiran dengan bangunan baru sekolah. Antara sukaneka yang diadakan adalah seperti mengira dan mengasingkan kacang serta jenis kacang, mengupas buah epal dan seterusnya sukaneka fesyen pakaian yang dibuat daripada surat khabar. 










Akhir sekali upacara memotong kek Hari Guru dan penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar kepada YDP PIBG yang telah diadakan di dewan Pak Sako SKJU.  






Thursday 8 May 2014

Program Lawatan Ke Putrajaya

Lawatan ke S.K Putrajaya Presint 11 (1)

Lawatan rasmi ke SK Putrajaya Presint 11 (1) telah diadakan dengan jayanya pada 7 Mei 2014 yang diwakili oleh GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Koko serta sebahagian guru-guru yang hadir termasuk juga kakitangan kerajaan mahupun swasta yang berkhidmat di SK (FELDA) Jenderak Utara ini. Lawatan ini juga adalah suatu lawatan ringkas yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan SK Putrajaya Presint 11 (1) bersama SK (FELDA) Jenderak Utara. Lawatan ini juga adalah diuruskan sepenuhnya oleh En. Zaidi Bin Abu selaku Setiausaha Agung PIBG yang menguruskan penyewaan bas persiaran bagi membawa rombongan ke Putrajaya ini. Lawatan ke Putrajaya ini bertolak pada awal pagi iaitu sekitar jam 6.45 pagi dan sampai di Putrajaya pada jam 10.32pagi. Rombongan sekolah tiba di SK Putrajaya Presint 11(1) sekitar jam 11pagi. Antara gambar-gambar sewaktu di Putrajaya adalah seperti berikut.....

















Setelah selesai melawat ke SK Putrajaya Presint 11 (1) kali ini ke masjid Putrajaya untuk membuat solat jamak zohor dan asar dan seterusnya ke Taman Botani dan akhir sekali ke pasaraya Besar Alamanda sebelum bertolak pulang dan keluar dari Putrajaya sekitar jam 7.15petang. Kami sampai di Kuala Krau Temerloh sekitar jam 10.32 malam.

Thursday 1 May 2014

Program Latihan Kawat Kebakaran

Latihan Kawat Kebakaran 

Pada hari selasa 29 April telah diadakan suatu program latihan kawat kebakaran oleh murid-murid SKJU dan semua guru termasuk kakitangan SKJU bersama pegawai Bomba yang hadir sekitar pertengahan pagi tersebut. Antara gambar yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut....

Kenderaan Bomba yang jenis pacuan 4roda

Contoh Kenderaan Bomba jenis lori yang membawa
peralatan lengkap memadam kebakaran

Antara murid-murid yang mendengar siren berkumpul
di padang sekolah untuk proses latihan ketika
kecemasan dan kebakaran berlaku


Bantuan diperlukan oleh murid yang tercedera

Demostrasi Murid yang mengalami trauma dibawa
oleh anggota bomba bertugas

Simbolik murid yang diusung dibawa ke padang
 sekolah

Taklimat dari pegawai bomba kepada murid-murid

Demostrasi memadam kebakaran

Seterusnya penyampaian oleh ketua Unit Balai Bomba dan Penyelamat dari Temerloh yang dibuat di Bilik Gerakan pada hari yang sama.... 

Suasana di bilik gerakan untuk taklimat

Sesi taklimat bakal diadakan

Taklimat disampaikan oleh En. Hasnuddin

Taklimat juga turut menggunakan papan putih

En. Hasnuddin menerangkan kepada guru-guru
berkenaan dengan kaedah menyelamat dari
ditimpa kemalangan sewaktu kebakaran

Penjelasan yang dibuat berkaitan dengan jenis-jenis
kebakaran dan nombor kecemasan yang perlu
dihubungi

En. Hasnuddin Selaku Pegawai Ketua Unit Bomba
dan Peyelamat memperkenalkan alat pemadam
api jenis CFC

Menerangkan berkaitan dengan pemadam api
yang terdapat dua jenis alat pemadam api

Selesai taklimat dan En.Syarul kanan selaku
pengacara mengambil alih ucapan penutupan
sebelum penyampaian cenderamata kepada
En. Hasnuddin

Cenderamata disampaikan oleh GPK HEM
En. Zulkiefli Bin Salim

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...