SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 23 July 2014

Berbuka Puasa Bersama Murid tahun 6 dan Kakitangan Felda

Jamuan Berbuka Puasa Tahun 6 Anjuran PIBG

Pada hari Selasa 22 Julai 2014 telah diadakan majlis jamuan berbuka puasa anjuran Persatuan Ibu Bapa & Guru SKJU untuk sesi tahun 2014 yang telah diadakan di dewan Pak Sako bersama dengan murid-murid tahun enam beserta dengan ibu bapa masing-masing yang secara sukarela telah menjamu selera bersama dengan anak mereka yang bakal menduduki UPSR untuk tahun ini. Sebelum jamuan berbuka puasa diadakan, gotong-royong memasak dari sukarelawan wanita dilakukan sekitar jam tiga petang bersama dengan pekerja swasta yang lain di pondok Zaa'ba. Seterusnya, jamuan berbuka puasa tersebut bermula sekitar jam 7.32 petang dan bersurai sepenuhnya sekitar jam 10malam.






TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...