SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Monday 11 August 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKJU 2014

Jamuan Hari Raya 2014

Pada hari Isnin 11 Ogos 2014 telah diadakan jamuan sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah dan diadakan dengan jayanya sambutan Hari Raya tersebut untuk guru-guru, semua kakitangan sokongan, sukarelawan yang hadir serta murid-murid yang tidak ketinggalan dalam mempamerkan fesyen pakaian serta baju raya mengikut tradisi masing-masing. Sambutan hari raya juga turut diadakan dengan perhimpunan dan seterusnya pembelajaran seperti biasa sehingga jam 10.32pagi dan seterusnya semua murid berkumpul di dewan Pak Sako untuk keraian jamuan hari raya Aidilfitri. Sepanjang jamuan hari raya tersebut pelbagai aneka juadah seperti lemang, rendang, nasi impit, nasi tomato, nasi minyak, acar timun serta pelbagai aneka kuih-muih yang sememangnya menjadi tradisi hidangan ringan yang menyelerakan di hari raya Aidilfitri untuk kali ini.


















TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...