SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 23 November 2014

Hari Pendidikan dan Graduasi Murid Pra Sekolah

Sambutan Hari Penyampaian Hadiah dan Graduasi Murid Pra Sekolah

Pada hari Rabu bersamaan 19 November 2014 jam 9pagi telah diadakan hari Pendidikan dan sambutan Hari Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk akademik, sahsiah, akhlak mahupun kokurikulum.  Majlis sambutan Hari Pendidikan ini diadakan dengan jayanya di Dewan  Besar Pak Sako dengan dihadiri oleh penjaga serta ibu bapa murid-murid yang menerima hadiah sekitar awal pagi tersebut. Majlis Hari Pendidikan dan Penyampaian Hadiah ini juga dirasmikan dengan berprestij dan dengan jayanya oleh YB Dato Haji Mohamed Bin Jaafar selaku Adun Jenderak. Sesi penyampaian hadiah juga turut langsungkan dengan penyampaian anugerah tokoh murid untuk seorang sahaja calon murid tahun enam yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum serta turut memberi sumbangan kepada sekolah dalam pelbagai aspek pencapaian yang berkaitan dengan sukan serta dinobatkan yang terbaik dalam semua mata pelajaran yang diambil. 









Selain itu terdapat persembahan yang menghiburkan dari murid-murid yang tampil dalam melakukan persembahan tersebut ialah murid tahun enam, murid pra sekolah dan murid tahun 4 dan 5. 


TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...