SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 28 January 2015

Penyampaian Sijil dan Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah

Penyampaian Sijil Pelantikan Pengawas SKJU Sesi 2015

Sekitar hari Rabu 28 Januari telah diadakan hari penyampaian sijil bagi penganugerahan perlantikan pengawas sekolah bagi sesi 2015. Selain penyampaian sijil pelantikan pengawas sekolah, turut diadakan penyampaian sijil bagi perlantikan pengawas pusat sumber dan penyampaian sijil bagi perlantikan ketua kelas serta penolong ketua kelas. Kesemua Sijil perlantikan disampaikan oleh Cikgu Zulkefli Bin Salim selaku GPK Hal Ehwal Murid SK (Felda) Jenderak Utara bagi tahun ini.  Antara guru yang terlibat dalam anggota badan pengawas adalah Cikgu Zaiton Binti Hamzah, Ustaz Sha'arizal Bin Mansor, Cikgu Zulkefli Bin Salim dan Cikgu Helmi Riza Bin Adnan. 








Pertandingan Lari Merentas Desa SKJU

Acara Larian Marathon Awal Tahun SKJU 2015

Pada hari Selasa bersamaan dengan 27 Januari 2015 telah diadakan suatu pertandingan larian atau lebih dikenali dengan marathon yang di sertai oleh semua murid yang hadir ke sekolah sekitar hari tersebut. Kawalan keselamatan sepanjang acara marathon dipertingkatkan dengan diselia oleh Anggota RELA dan pengawal keselamatan yang bertugas pada haritersebut. Acara marathon ini juga bermula pada jam 8.40 pagi di luar pintu gerbang sekolah dan berakhir pada jam 9.45 pagi secara keseluruhannya dengan penyampaian hadiah bagi murid-murid yang menduduki tempat kelima, keempat, ketiga, naib johan dan johan pertandingan marathon tersebut. Hadiah pertandingan marathon disampaikan oleh Guru GPK Koko kepada murid-murid di pentas hadapan tapak perhimpunan sekolah sekitar jam 10 pagi hari tersebut. Hadiah disampaikan kepada murid-murid yang berjaya dalam bentuk pingat iaitu madel yang digantung di leher untuk setiap mereka yang berjaya menjadi pemenang dalam pertandingan tersebut. Antara suasana dan gambar yang terdapat dalam acara ini adalah seperti berikut:


























TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...