SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Monday 18 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Selamat Hari Guru 2015 

Sambutan Hari Guru bagi tahun 2015 ini telah diadakan dengan jayanya di dewan Pak Sako SK (FELDA) Jenderak Utara dengan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah. Tema Hari Guru Pada Tahun ini adalah Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Sambutan hari guru pada tahun ini melibatkan nyanyian lagu tema hari guru, bacaan ikrar hari guru, penyampaian oleh wakil murid sempena hari guru serta ucapan aluan dari GPK Pentadbiran dan ucapan aluan dari Tuan Guru Besar. Selain itu juga pelbagai aktiviti sukaneka sempena sambutan hari guru seperti permainan bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya yang melibatkan aturcara dalam sambutan hari guru. Bacaan doa sempena hari guru dibacakan oleh Ustaz Mohammad Najib Bin Haji Nawawi dan seterusnya perasmian sambutan hari guru oleh Tuan Guru Besar.


Pelbagai aturcara yang diadakan sempena hari guru yang telah diadakan pada 18 Mei 2015 hari Isnin bebaru ini iaitu persembahan dari murid-murid pra sekolah, persembahan murid-murid perempuan tahun enam, persembahan dari sebilangan guru serta upacara penyampaian hadiah kepada semua guru dan kakitangan yang hadir pada majlis sambutan hari guru tersebut.






















Setelah selesai aktiviti yang dijalankan di dewan utama sekolah iaitu aktiviti yang berkaitan dengan penyampaian hadiah dari murid-murid kepada guru-guru kesayangan mereka. Seterusnya permainan sukaneka seperti bola sepak dan bola jaring diadakan antara guru dengan murid-murid yang terlibat. 






















Majlis penyampaian hadiah kepada guru-guru, semua kakitangan sokongan serta pekerja swasta yang hadir disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Yang Dipertua  PIBG dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran kepada yang terlibat dalam sukaneka dan yang terlibat dalam aktiviti hari guru untuk tahun 2015.

Sunday 17 May 2015

Program Isra Mikraj

Taklimat Berkenaan Program Isra Mikraj 2015  

Pada Hari Jumaat bersamaan 15 Mei 2015 telah diadakan program penyampaian taklimat mengenai peristiwa Isra Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohamad Najib bin Mohamad Nawawi. Taklimat program tersebut diadakan sekitar jam 8.10 pagi dan berakhir 10.35 pagi dengan melibatkan murid-murid tahun 1 sehingga tahun enam yang hadir sekitar waktu pagi hari Jumaat tersebut. 









TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...