SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Saturday 25 April 2015

Program Solat Sunat Hajat

Program Solat Sunat Hajat Sesi Pertama Tahun 2015.

Pada hari Jumaat bersamaan 24 April 2015 telah diadakan suatu program solat sunat Hajat Perdana yang dilangsungkan di tapak berhadapan dengan bangunan baru sekolah. Solat Sunat Hajat turut diringi dengan upacara solat sunat Dhuha dan akhir sekali bacaan surah Yassin bersama-sama yang telah diadakan sekitar jam 8.33 pagi dan berakhir jam 9.55 pagi.  Solat Sunat Hajat diimamkan oleh Ustaz Haji Mohammad Najib Bin Nawawi bersama ibu bapa murid tahun enam yang hadir serta guru-guru dan kakitangan yang hadir sekitar pagi tersebut.






Tuesday 7 April 2015

Pertandingan Berbalas Pantun

SKJU Tuan Rumah Pertandingan Berbalas Pantun

Pada hari Isnin bersamaan 6 April 2015, satu pertandingan berbalas pantun yang diadakan di dua lokasi berasingan iaitu pertandingan permulaan sampai peringkat separuh akhir dibuat di Bilik J-Qaf dan bilik kelas fardu Ain serta untuk peringkat pertandingan akhir dilangsungkan di Dewan Pak Sako. Pertandingan Berbalas Pantun dirasmikan dengan jayanya oleh Pegawai PPD Temerloh iaitu Tuan Haji Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad. Pertandingan berbalas Pantun melibatkan lapan buah sekolah yang bertanding di SK Felda Jenderak Utara yang mana Sekolah yang menjadi tuan rumah tidak bertanding dan hanya selaku tuan rumah sahaja. Antara nama sekolah yang bertanding adalah S.K Jalan Bahagia, S.K Temerloh Jaya A, S.K Lubuk Terua, S.K Kuala Tekal, S.K Kampung Jenderak, S.K Seri Tualang, S.K Kuala Kaung dan S.K Temerloh Jaya B.













TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...