SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Friday 31 July 2015

Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Persaraan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Perpisahan Guru GPK Koko

Pada hari Jumaat 31 Julai bebaru ini telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun ini dan serentak sambutan jamuan persaraan Guru GPK Koko iaitu Cikgu Alias Bin Hassan.  Selain itu, perpindahan seorang guru yang merupakan ustazah di sekolah ini juga turut serentak dengan persaraan Guru GPK Koko serta jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2015 pada kali ini. Sambutan jamuan Aidilfitri dan persaraan serta perpisahan ini juga diadakan sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir sepenuhnya jam 11.40 pagi.  Sambutan ini juga turut dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda serta dirasmikan juga oleh Ahli Parlimen Jenderak YB Dato Hj Mohamad Bin Hj. Jaafar yang hadir sekitar jam 10 pagi.




 Ketua Perbarisan mengiringi penyambut tetamu iaitu Tuan 
Guru Besar dan GPK HEM mengiringi ketibaan
Tuan Haji Alias Bin Hassan


 Tuan Haji Alias membuat pemeriksaan keatas setiap
perbarisan ahli kadet dari kalangan murid sekolah


Pasukan Perbarisan Kadet sekolah yang terdiri dari murid
tahun empat, lima dan enam


Pengiring bunga manggar yang turut bersama dalam
perarakkan


Penghormatan kepada Tuan Haji Alias Mantan GPK Koko di
atas laluan karpet merah menuju ke pentas dewan utama





Tuan Haji Alias ditempatkan di atas kerusi pentas


Majlis hari Persaraan Tuan Haji Alias Bin Hassan


Ustaz Najib selaku bacaan doa pembuka majlis


Bacaan doa oleh pengiring tetamu dan dif jemputan


Murid yang bernama Muhamad  Iffan
Nor Bin Basyarudin menyampaikan
bacaan ayat suci Al-Quran




Ucapan Aluan Dari YDP PIBG


Ucapan aluan dari En. Mohd Salim Bin Muda selaku YDP
PIBG


Tuan Guru Besar turut menyampaikan ucapan dan kata aluan
sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
dan majlis perpisahan 


Kata aluan Ustazah Romlah yang akan berpindah ke
sekolah lain yang telah dipohon sebelum ini


Ucapan dan kata aluan terakhir dari Tuan Haji Alias Bin
Hassan selaku mantan GPK Koko















































Thursday 30 July 2015

Mesyuarat Guru-Guru dan Staf Sokongan

Mesyuarat Berkaitan Dengan Kelancaran Perjalanan Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015   

Pada hari Selasa 28 Julai 2015 bebaru ini mesyuarat yang melibatkan semua guru-guru dan staf sokongan serta kakitangan swasta yang hadir sekitar jam 1 tengahari tersebuta yang diadakan di bilik gerakan SKJU....







Tuesday 14 July 2015

Program Solat Dhuha, Solat Hajat dan Khatam Al-Quran

Program Solat Sunat Dan Khatam Al-Quran Serta Semarak Ramadhan   

Pada hari selasa 14 Julai 2015 telah diadakan program sempena penghujung bulan puasa atau program penutupan akhir bulan Ramadhan serta penyampaian ceramah berkaitan dengan solat sunat Aidilfitri yang disampaikan oleh Ustaz Sha'arizal kepada semua murid-murid yang hadir ke sekolah sekitar waktu pagi tersebut. Seterusnya program Khatam Al-Quran dan tilawah bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh murid-murid yang terpilih yang terdiri dari murid tahun empat, lima dan enam. Bacaan Tilawah dan Khatam Al-Quran dikelolakan oleh Ustaz Mohamad Najib selepas selesai ucapan dari Ustaz Sha'arizal kepada murid-murid yang lain.






Wednesday 8 July 2015

Jamuan Berbuka Puasa 2015

Selamat Berbuka Puasa    

Pada hari Rabu 8 Julai bebaru ini telah diadakan sambutan jamuan berbuka puasa yang telah dilangsungkan di kantin sekolah sekitar lewat petang hari tersebut. Jamuan berbuka puasa untuk kali ini dihadiri oleh Ustaz Najib selaku Ustaz SKJU yang mengimamkan solat magrib. Turut hadir adalah Tuan Guru Besar En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Zaiton Binti Hamzah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Zulkefli Bin Salim dan seterunya bekas Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Hj. Alias turut bersama dalam majlis jamuan berbuka untuk kali ini. Selain itu, murid tahun enam turut hadir bersama sempena jamuan untuk kali ini.  Setelah selesai jamuan berbuka puasa, solat magrib dilaksanakan di surau SKJU bersama jemaah yang hadir bersama guru-guru, ibu bapa, kakitangan sokongan serta murid-murid tahun enam.








TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...