SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 25 May 2016

Kursus Program Frog VLE Untuk Wakil Guru-Guru ICT Sekolah Kuala Krau

Program Frog VLE Anjuran Rasmi PKG Kuala Krau 

Pada hari Rabu bersamaan 25 Mei 2016 bebaru ini telah diadakan dengan penuh jayanya program yang berbentuk kursus bagi kemasukkan penggunaan perisian aplikasi laman FROG VLE melalui internet yang telah dilangsungkan sekitar pagi iaitu bermula jam 8.45 pagi bertempat di Makmal Komputer SKJU.  Program ini melibatkan guru ICT wakil dari 24 buah sekolah di bawah PKG Kuala Krau secara keseluruhannya. Program ini juga adalah untuk memperkenalkan penggunaan keseluruhan perisian laman Frog VLE yang terdapat dalam internet dan juga kaedah serta cara untuk manfaatkan penggunaan program Frog VLE yang dianjurkan pada hari tersebut.











Tuesday 17 May 2016

Hari Guru SKJU 2016

Sambutan Hari Guru 2016 

16 Mei 2016 adalah tarikh yang dinantikan oleh setiap insan yang bernama guru. Seorang insan yang bergelar guru pasti akan merasa sangat gembira dengan kedatangan Hari Guru yang menjadi sambutan pada setiap tahun. Tema pada tahun ini adalah Guru Pembina Negara Bangsa dan sambutan di sekolah pada tahun ini agak sederhana dan pelbagai jenis sukaneka ketika sambutan hari guru dijalankan sekitar waktu pagi tersebut.












 



Tuesday 10 May 2016

Lawatan Oleh Majlis Guru Besar dari Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

Lawatan Rasmi Majlis Guru-Guru Besar PPD Kubang Pasu ke SKJU

Pada hari Selasa 10 Mei 2016 pihak sekolah bersatu hati bersama semua guru-guru dan staf sokongan serta semua staf SKJU menyambut kedatangan pelawat yang telah membuat lawatan rasmi ke sekolah dengan sambutan tetamu dari Kubang Pasu Kedah yang telah sampai ke sekolah sekitar jam 10.55 Pagi dan diarak ke  dewan Pak Sako dengan jamuan makan dan sebelum jamuan bermula penyampaian perjalanan majlis dari Pengacara yang disampaikan oleh En. Helmi Riza Bin Adnan. Seterusnya bacaan doa dari Ustaz Najib dan Ucapan Aluan dari Tuan Guru Besar. Ucapan aluan juga turut disampaikan oleh En. Ramli Bin Abdul Hamid selaku pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kubang Pasu. Antara yang turut hadir ke majlis jamuan sempena lawatan rasmi ini adalah Pengurus Felda Jenderak Utara iaitu En. Muhamad Fadeli yang turut serta menjamu selera bersama peserta majlis guru besar Kubang Pasu sekitar hujung pagi tersebut.





















TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...