SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday 28 January 2016

Aktiviti Larian Merentas Desa 2016

Larian Merentas Desa Awal Tahun 2016 

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 22 Januari 2016 telah diadakan program larian merentas desa yang telah diadakan sekitar jam 8 pagi. Larian merentas desa ini juga diadakan dengan jayanya bermula di kawasan perkarangan pintu pagar sekolah dan berakhir di tapak perhimpunan. Larian ini juga turut melibatkan penyertaan dari murid-murid tahun dua, tiga, empat, lima dan enam yang mengikuti trak larian yang sama serta trak larian yang lain adalah untuk murid prasekolah dan murid tahun satu.  Larian ini adalah untuk kemasukkan dalam aktiviti kokurikulum bersama dengan program 1 Murid 1 Sukan.















Tuesday 12 January 2016

Latihan Larian Merentas Desa Awal Tahun 2016

Raptai dan Persediaan Untuk Kejohanan Larian Merentas Desa Awal Tahun 2016  

Pada hari Selasa 12 Januari 2016 telah diadakan latihan untuk murid-murid tahun dua, tiga, empat, lima dan enam yang bakal menyertai larian merentas desa yang akan diadakan pada 22 Januari ini dan latihan larian ini hanyalah sekadar untuk membiasakan dengan suasana sukan larian yang bakal diadakan nanti sebagai pemanas badan. 






Thursday 7 January 2016

Program Kecemerlangan UPSR 2016

Program  Kecemerlangan UPSR Edisi Pertama 2016     

Pada hari Rabu bebaru ini telah diadakan program yang melibatkan kehadiran ibu bapa murid-murid tahun enam yang hadir ke dewan besar Pak Sako SK (Felda) Jenderak Utara sekitar jam 9 pagi dan berakhir jam 12.32 tengahari. Program ini juga diadakan pada 6 Januari 2016 dan dirasmikan oleh Pengurus Felda Jenderak Utara iaitu En. Muhamad Fazli Bin Ibrahim serta diiringi oleh YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda.

Penyampaian amanat dari Pengacara Majlis

Antara ibu bapa murid tahun 6 yang hadir sekitar waktu pagi
tersebut di dewan Pak Sako

Ustaz Sha'arizal menyampaikan bacaan doa
pembukaan untuk keberkatan bagi
kelancaran perjalanan majlis



Kata-kata aluan dari YDP PIBG


Kata-kata aluan dari Tuan Guru Besar


Kata aluan dari Pengurus Felda
Jenderak Utara

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...