SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday 24 February 2016

Program Hari Nilai Ilmu Amalan Membaca

Memartabatkan Budaya Membaca Melalui Program N.I.L.A.M

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 19 Februari telah diadakan suatu program NILAM iaitu Nilai Ilmu Amalan Membaca yang diadakan sekitar waktu pagi bermula jam 8.32 Pagi dan berakhir pada 10.55 pagi. Program NILAM ini juga  telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah dan dilangsungkan program ini dengan penuh berprestij di Dewan Besar Pak Sako.







Seterusnya perasmian pelancaran program NILAM oleh Tuan Guru Besar seperti gambar berikut:  











Seterusnya kuiz sempena program NILAM yang disampaikan oleh Ustaz Najib kepada murid-murid yang hadir di dewan Pak Sako:  






Penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar kepada murid yang berjaya menjawab kuiz dan juga murid yang berjaya dalam terpilih untuk menerima anugerah untuk program NILAM:  










Tuesday 2 February 2016

Pemeriksaan Kesihatan dan Imunisasi 2016

Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan Ceramah Kesihatan Murid Tahun 6

Pemeriksaan Kesihatan dan imunisasi kepada murid-murid tahun satu yang telah diadakan pada 1 Februari dan 2 Februari 2016 selama dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa di bilik kesihatan SK (Felda) Jenderak Utara.




Ceramah ringkas berkaitan Kesihatan untuk murid tahun enam berkaitan dengan bahaya merokok





Seterusnya pemeriksaan kesihatan murid tahun enam pada 2 Februari




Warkah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber serta Ketua Kelas

Sesi Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS serta Ketua Kelas 

Pada hari Isnin 1 Februari 2016 telah diadakan sesi penyampaian sijil warkah lantikan pengawas sekolah dan juga pengawas pusat sumber sekolah serta tidak terkecuali kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas. Sesi penyampaian sijil lantikan ini juga diadakan di tapak perhimpunan selepas majlis perhimpunan mingguan selesai dalam sekitar jam 8 pagi tersebut.  Warkah perlantikan pengawas ini juga disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada murid-murid yang telah dilantik menjadi pengawas dan seterusnya penyampaian sijil lantikan dilangsungkan setelah selesainya perhimpunan. Selain itu, sesi pengisian borang dan menandatangani borang perjanjian dalam warkah perlantikan turut dilangsungkan dan dilakukan oleh Ketua pengawas dan Penolong ketua pengawas di hadapan Tuan Guru Besar dan Guru GPK HEM dan guru yang turut serta dalam berlangsungnya sesi lantikan untuk tahun 2016 ini.











Seterusnya berlangsung sesi menandatangani lampiran borang perjanjian lantikan untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua kelas serta penolong ketua kelas seperti berikut:  









TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...