SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday 30 October 2016

Kawat Kebakaran dan Latihan Persediaan Bencana 2016

Latihan Persediaan Menghadapi Bencana & Kawat Kebakaran SKJU

Pada hari Rabu bersamaan 12 Oktober baru-baru ini telah diadakan Latihan Kawat Kebakaran sebagai Persediaan Menghadapi Bencana yang berkemungkinan melanda di sekitar kawasan sekolah seperti kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya.  Kehadiran Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Cawangan Temerloh yang turut bersama dengan murid-murid yang hadir ke padang sekolah untuk menjayakan perjalanan program Latihan Kawat Kebakaran yang dilaksanakan pada hari tersebut.















Thursday 6 October 2016

Sukan Tahunan SKJU Kali Ke 29

Sambutan Hari Sukan Tahunan SKJU Untuk Kali Yang Ke 29 Tahun 2016

Pada hari Khamis 6 Oktober baru-baru ini telah diadakan sambutan Hari Sukan Tahunan untuk kali yang ke 29 bagi temasya tahun 2016 yang penuh gilang-gemilang dan penuh berprestij ini. Sambutan Hari Sukan Tahunan ini juga telah bermula sekitar waktu pagi bermula jam 9.20 Pagi dan berakhir sepenuhnya pada 1.40 Tengahari. Sukan Tahunan pada temasya kali ini dirasmikan dengan penuh jayanya oleh YB Dato Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said yang merupakan Adun Bahagian Kuala Krau yang hadir merasmikan sukan tahunan SKJU pada pagi tersebut. Perasmian sukan tahunan dilakukan bersama Pengurus Felda Jenderak Utara serta YDP PIBG yang turut hadir bersama dalam merasmikan sukan tahunan yang diadakan pada pagi tersebut. Selain itu, turut diadakan pelbagai acara yang direkodkan dan telah di latih untuk acara sukan pada hari raptai seperti  acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara yang dipertandingkan pada hari sukan pada kali ini adalah seperti larian 50 meter untuk murid pendidikan khas, acara mambawa bola menggunakan gelung rotan, larian 100 meter, larian 200 meter, larian 200 meter membawa baton dan acara perbarisan rumah sukan.

Bersenam pagi sebelum menyertai acara sukan

Senaman sebagai persediaan untuk bersukan

Bergambar ber4 sebelum menyertai sukan tahunan

Pemandangan di awal pagi yang bakal diadakan
sekitar waktu pagi tersebut



Rumah sukan yang telah ditambah dengan pelbagai
bentuk hiasan dan kreativiti rumah sukan




Perhiasan yang telah dilakukan sekitar pagi tersebut


Kedudukan pingat untuk setiap acara yang
dipertandingkan


Hadiah dan pingat yang telah dikumpulkan di atas meja


Rumah PPKI yang dihiasi dan ditambah keceriaan

Hadirin dan penonton yang telah hadir

Sambutan Hari Sukan Tahunan pada kali ini diadakan dengan penuh berprestij dan YDP PIBG En. Mohd Salim Bin Muda serta YB Dato Hj Ismail bersama Tuan Guru Besar turun Padang untuk melihat sendiri perbarisan rumah sukan yang terdiri dari rumah Wira, rumah Waja, rumah Saga dan rumah PPKI. Lintas hormat dalam upacara perbarisan turut dilakukan oleh rumah sukan kepada VVIP dan penonton yang hadir sekitar awal pagi tersebut. Selepas upacara perbarisan selesai dilaksanakan seterusnya upacara menaikkan bendera kejohanan sukan tahunan untuk kali ke 29 beserta bacaan ikrar oleh ketua kontinjen rumah sukan masing-masing yang membawa bendera rumah sukan serta semua murid yang terlibat dalam sukan tahunan untuk kejohanan pada temasya kali ini.  































Perasmian Sukan Tahunan Kali Ke29


TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...