SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Monday 20 November 2017

Program Penyampaian Sijil Penghargaan

Penyampaian Sijil Penghargaan Untuk Kecemerlangan Murid Berkaitan Dengan Frog VLE di Tapak Perhimpunan Sekolah 













Majlis Khatam Al-Quran SKJU 2017

مجليس ختام القرآن

Pada Hari Jumaat 17 November 2017 bersamaan dengan 28 Safar 1439 Hijrah telah diadakan sambutan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah mengikut sukatan bacaan ayat suci Al-Quran yang ditentukan oleh Ustaz Najib kepada murid-murid yang terlibat dalam majlis khatam Al-Quran tersebut. Majlis Khatam Al-Quran pada kali ini melibatkan murid tahun tiga, empat, lima dan tahun enam manakala Ustaz Najib selaku pengerusi pada majlis sekitar awal pagi tersebut. Majlis khatam Al-Quran tersebut diadakan pada jam 9pagi dan berakhir jam 11.40 pagi. Berikut adalah gambar dan suasana majlis khatam Al-Quran berlangsung pada hari dan pagi tersebut :  






Monday 6 November 2017

Program Penyampai Lufitasi Sains Islam dan Motivasi

Program Penyampai Inteleksi Sains Islam dan Motivasi Hayat 

Pada hari Isnin 6 November 2017 baru-baru ini telah diadakan program penyampai Idea Efektif yang terdiri dari bentuk Inteleksi dan Lufitasi berkaitan dengan Sains Islam yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Utama Pak Sako SK (Felda) Jenderak Utara sekitar jam 8.40 pagi dan berakhir pada jam 10.25 Pagi.
















Thursday 24 August 2017

Sambutan Hari Kebangsaan SKJU 2017

Program Sambutan Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2017

Pada Hari Selasa bersamaan 22 Ogos 2017 telah diadakan dengan penuh jayanya program sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2017 ini. Sepanjang sambutan kemerdekaan tersebut telah diadakan pelbagai persembahan yang dilangsungkan di Dewan Utama SKJU iaitu Dewan Pak Sako. Antara gambar-gambar ceria dan suasana sambutan adalah seperti berikut:







Thursday 13 July 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKJU 2017

Pada hari Khamis 13 Julai 2017 telah diadakan rumah terbuka Aidilfitri yang telah dilangsungkan di Tapak Perhimpunan Sekolah sekitar jam 8 pagi dan Dewan Utama Pak Sako sekitar jam 9 sehingga 11 pagi. Majlis sambutan pada kali ini adalah dengan menjemput YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda bersama tetamu kehormat yang lain termasuk wakil dari Bank Rakyat Jengka menjamu selera Aidilfitri di Dewan Utama Pak Sako.   Seterusnya terdapat sambutan yang merupakan jamuan perpisahan seorang Guru yang bertukar ke SK Kuala Krau sekitar waktu tengahari yang diadakan di kantin SKJU. Pelbagai gambar telah dirakamkan sepanjang perjalanan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada pagi tersebut....

























Majlis Jamuan Perpisahan Pn. Nilam Binti Omar yang diadakan di kantin SKJU sekitar waktu lewat tengahari pada hari raya tersebut.....    






Bergambar untuk Kenangan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah untuk tahun 2017




TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...