SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday 31 January 2017

Warkah Perlantikan Pengawas SKJU, Pengawas PSS serta Ketua Kelas 2017

Upacara Perlantikan Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Ketua Pengawas Pusat Sumber, Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber serta Ketua Kelas dan Penolong Ketua

Pada hari Isnin bersamaan dengan 23 Januari 2017 baru-baru ini telah diadakan penyampaian perlantikan kepada setiap murid-murid yang dilantik dalam jawatan menjadi pengawas sekolah, pengawas PSS mahupun memegang jawatan sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi setiap kelas masing-masing.Perlantikan ini juga turut dihadiri oleh tetamu kehormat yang merupakan seorang pegawai Polis dari IPD Temerloh iaitu Puan Inspektor Nor Aida Binti Omar yang telah hadir sekitar awal pagi tersebut untuk merasmikan majlis pelantikan Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas dan pengawas-pengawas yang turut diamanahkan dalam lantikan tersebut. Selain itu, lantikan untuk Ketua Pengawas PSS dan penolong serta kepada murid-murid yang memegang amanah sebagai pengawas pusat sumber sekolah. Dalam pada itu juga, upacara lantikan untuk jawatan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas turut berlangsung pada hari tersebut dalam waktu pagi yang serentak dengan program perhimpunan mingguan yang juga turut diadakan dalam sekitar pagi tersebut. Program perlantikan ini juga turut ditandatangani oleh Tuan Guru Besar En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah bersama dengan murid-murid yang telah dilantik samaada untuk jawatan pengawas, pengawas PSS muhupun Ketua Kelas. Yang turut hadir serta menjadi pemerhati atau saksi dalam menandatangani perjanjian warkah lantikan tersebut adalah Puan Inspektor Nor Aida sendiri serta GPK HEM iaitu En. Zulkefli Bin Salim dan GPK Pentadbiran iaitu Puan Aduwiyah Binti Yaakob.  Selain itu yang turut menjadi pemerhati adalah Guru Pengawas iaitu Ustaz Sha'rizal Bin Mansor serta Guru Penasihat kepada Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas iaitu Puan Shah Hanim Binti Tahir. Manakala Guru Penasihat Pengawas Pusat Sumber adalah Puan Norhayati Binti Jakariah.












































Kejohanan Larian Merentas Desa SKJU 2017

Kejohanan Berprestij Merentas Desa Tahun 2017

Pada 20 Januari 2017 baru-baru ini telah diadakan larian merentas desa oleh pihak kokurikulum sekolah yang melibatkan peserta dikalangan semua murid SKJU yang telah berdaftar untuk menyertai larian dalam kejohanan yang berprestij tersebut. Larian ini juga dirasmikan oleh Tuan Guru Besar sendiri iaitu En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah bersama GPK Kokurikulum En. Mohamad Nasir Bin Ismail sekitar awal pagi tersebut yang telah dimulai dengan rasminya di tapak perhimpunan sekolah bersama guru-guru yang mengawasi murid-murid yang berhimpun untuk memulakan aktiviti pertama iaitu senaman pagi serta pemanas badan sebagai persediaan dalam menyertai kejohanan berprestij larian pada kali ini. Kejohanan ini juga turut diberikan ganjaran dan hadiah yang lumayan kepada murid-murid yang memperolehi tempat pertama, kedua, ketiga serta keempat untuk setiap kelas dan kategori tahun masing-masing.














TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...