Pada hari rabu bersamaan dengan 18 Januari 2012, pihak sekolah telah menganjurkan satu aktiviti yang berkaitan dengan hari penyampaian taklimat yang berkaitan dengan cadangan untuk mengadakan kelas tambahan bagi subjek Bahasa Inggeris kepada murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2012.
Penyampaian taklimat tersebut turut melibatkan Cikgu Zaidi selaku guru penyelaras kelas akademik, Guru Besar dan seterusnya Yang Dipertua PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda yang menjadi penceramah yang terakhir di Dewan Besar SKJU pada akhir pagi tersebut.
Kerusi yang telah disusun untuk majlis yang bakal diadakan
Antara ibubapa yang hadir pada hari rabu tersebut
Guru besar menyampaikan amanat dan ucapan beliau
Antara murid-murid tahun 6 yang sempat bersama dengan ibubapa mereka