MAKSUD PuAs
Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri ( self- learning) yang berkongsepkan' cybercafe'.Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebagai pemudah cara dan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
MATLAMAT PuAS
- Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
- Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
- Meningkatkan masa penggunaan komputer ( contact hour) oleh murid
OBJEKTIF PuAS
- Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
- membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran
AKTIVITI PuAS
- Mencari maklumat daipada internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Mengakses sumber maklumat seperti buku- buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan ( e-learning) dan FROG VLE
- Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaiatan dengan pembelajaran.
- Berkolaborasi dengan murid lain
PUSAT AKSES TAHUN 2020
PUSAT AKSES TAHUN 2019
No comments:
Post a Comment