Program Aktiviti Perkhemahan Murid-murid Tahap Dua SKJU 2013
Sekitar waktu pagi hari Rabu 30 Oktober 2013 telah diadakan suatu aktiviti perkhemahan yang dibuat di kawasan ladang kelapa sawit yang tidak jauh dari padang sekolah yang mana ianya terletak berhampiran juga dengan kawasan sekolah dengan penyediaan khemah sebanyak 13 buah khemah disediakan oleh pihak sekolah untuk menjayakan program perkhemahan bagi tahun ini. Aktiviti perkhemahan ini juga turut diceriakan dengan aktiviti
Absailing & Descending dan malam persembahan yang berkaitan dengan tajuk menjaga kebersihan persekitaran alam sekitar. Antara gambar aktiviti yang dilakukan sewaktu program tersebut diadakan adalah seperti berikut...>>>>
|
Antara bilangan khemah yang telah disediakan oleh
pihak penganjur |
|
Khemah yang boleh dikatakan dapat menampung 4orang
peserta |
|
Murid tahap 2 yang menjadi peserta program perkhemahan |
|
Sebahagian khemah peserta perempuan yang ditempatkan
di bahagian belakang berdekatan sebelah gelanggang
bola tampar |
|
Khemah peserta lelaki yang diletakkan di sebelah berdekatan
dengan padang dan astaka sekolah |
|
|
Amanah dari fasilitator bertugas kepada peserta |
Dalam program perkhemahan pada kali ini, aktiviti absailing dan descending adalah suatu aktiviti yang amat dinantikan serta diadakan buat pertama kalinya kerana aktiviti sedemikian masih belum dilaksanakan pada tahun-tahun yang lepas.....>>>>
Setelah aktiviti absailing selesai, seterusnya aktiviti malam persembahan kebudayaan dan teater oleh murid-murid berkaitan dengan nyanyian dan lakonan yang dilangsungkan adalah bertajuk kepentingan memelihara alam sekitar....>>>>
|
Nampak bersemangat mereka siap buat 'peace' lg kan |
|
Suasana di dewan pada malam persembahan |
|
Cikgu Zulkiman selaku pengacara pada sesi malam
persembahan yang akan diadakan sebentar sahaja lagi |
|
|
Persembahan oleh peserta yang berbentuk dikir barat |
|
Persembahan berbentuk nyanyian |
Dalam aktiviti perkhemahan ini juga turut diadakan serentak dengan taklimat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh yang turut hadir bersama di dewan sekolah bagi memenuhi aktiviti perkhemahan murid-murid tahap 2yang merupakan peserta program perkhemahan pada kali ini. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut...>>>>
|
Jabatan Bomba yang telah tiba bersama dua krew bertugas |
|
Cikgu Zulkiman selaku pengacara
yang bertugas mengendalikan
taklimat tersebut |
|
Antara peserta perkhemahan yang telah bersiap sedia
dengan taklimat yang akan disampaikan sebentar sahaja
lagi |
|
Penyampai ceramah taklimat oleh
Tuan Rofizi Bin Abd Rahman |
|
Cenderamata dari Tuan Guru Besar kepada Penceramah |
|
Sesi Bergambar bersama anggota bomba setelah selesai
taklimat |