SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday, 20 February 2013

Mesyuarat Agung Tahunan SKJU

Mesyuarat Agung PIBG Untuk Kali yang Ke 34 Tahun 2013

Pada hari rabu bertarikh 20 Februari 2013 telah diadakan majlis mesyuarat agung untuk edisi kali yang ke 34 yang mana telah diadakan di dewan sekolah yang bermula pada jam 2.32 petang dan berakhir sekitar jam 6 petang. Mesyuarat agung ini juga dirasmikan oleh YB Dato Haji Mohamed Bin Haji Jaafar yang merupakan ahli parlimen Adun Jenderak dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda serta ucapan beliau ketika majlis mesyuarat tersebut sedang dilangsungkan.  Selain itu, mesyuarat ini turut diadakan pelbagai aturcara program yang telah disusunaturkan mengikut perancangan yang diterapkan melalui buku program sepertimana yang telah disediakan. Aturcara program adalah seperti berikut:

2.32    :  Tetamu dan ahli PIBG mendaftar dan mengambil tempat.

3.40    : - Aluan Pengerusi dan Pengacara Majlis
              - Nyanyian lagu Negaraku
              - Bacaan Doa
              - Ucapan Yang Dipertua PIBG
              - Ucapan Guru Besar
              - Ucapan Perasmian YB ADUN Jenderak
              - Penyampaian cenderamata.

4.32    :  Rehat dan jamuan ringan

4.45    :  Mesyuarat Agung Dimulakan

5.25    :  Cabutan Bertuah

6.40    :  Bersurai


Agenda Mesyuarat Agung  

1.  Ucapan YDP
2.  Mengesahkan minit mesyuarat Agung kali yang ke 33 untuk tahun lalu
3.  Membentangkan serta menerima laporan tahunan
4.  Membentang dan menerima laporan kewangan
5.  Membahaskan usul-usul
6.  Ucapan Penangguhan


Jawatankuasa Utama Pengelolaan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 34   

Penasihat                                   :  Pn. Hajah Ruziah  Binti  Haji Ghazali
                                                    :  En.  Mohd Salim  Bin  Muda
Pengerusi                                  :  Tn. Haji Alias  Bin  Hassan
Naib Pengerusi                         :  En. Mohamed Faizan  Bin  Mustapha
                                                    :  Pn. Zaitun  Binti  Hamzah
Setiausaha                                :  En. Zaidi  Bin  Abu
Penolong Setiausaha               :  Dif Mohd. Ekhwan  Bin  Mohd Syukor
Bendahari                                  :  En. Zulkiman Bin Talib
Pengacara                                 :  Dif Mohd Ekhwan  Bin  Mohd Syukor
Bacaan Doa                              :  Ustaz Sha'arizal  Bin  Mansor
Penyediaan Tempat                 :  En. Norhasnan Bin  Ismail
                                                   :  En. Mohamad Seh Bin Mahmood
                                                   :  Pn. Jamaliah  Binti Abd Manaf
Hiasan Pentas                         :  Pn. Shahanim Binti Tahir
                                                  :  Pn. Hanapisah  Binti Tuan Soh
                                                  :  Pn. Umai Kalsum  Binti  Naseh
Jamuan  VIP                            :  Pn. Hasnita  Binti  Md. Ali Hanapiah
                                                  :  Pn. Haliza  Binti  Ali
                                                  :  Pn. Roslina  Binti  Nordin
Jamuan  Ahli                            :  Pn. Hamidah  Binti  Rahmad
                                                  :  Pn. Noor Eaza  Binti  Parsan
                                                  :  Pn. Romlah  Binti  Mohd Zin
                                                  :  Pn. Siti Aibaaiyah Binti Sulong
Pencatat                                  :  En.  Syarul Nazlee  Bin  Mohd Ali
                                                 :  Pn.  Sabariah  Binti  Abd. Rahman
Pendaftaran                            :  Ustaz  Mohd Najib  Bin  Nawawi
                                                 :  Pn. Siti Aishah  Binti  Mohd Razali
Cenderamata                         :  Pn. Norhayati Binti Jakariah
                                                 :  Pn. Norhayati  Binti  Ahmad
Cabutan Bertuah                    :  En. Helmi Riza Bin Adnan
                                                 :  En. Rominzie Bin Rasu
Buku Program                        :  En. Zulkiman  Bin  Talib
                                                 :  En. Zaidi  Bin  Abu
Siaraya                                   :  En. Mohd Mastifino  Bin  Abd. Majid
                                                   Dif  Mohd Aizat  Bin  Mohd Salleh
Tabung Derma                       : En. Zali  Bin  Tan


Dalam sesi majlis mesyuarat agung yang berlangsung pada hari tersebut pelbagai ragam peristiwa telah diadakan antaranya seperti dalam gambar di bawah:

Barner atau kain rentang besar yang telah
siap dipasang



Antara cenderamata dan hadiah yang telah
disediakan


Keseluruhan kerusi telah disusun aturkan
di tempat duduk hadirin di dewan


Sebahagian kerusi di tempat duduk bagi 
para panel VIP dan guru besar telah disediakan


Bahagian meja daftar untuk kehadiran bagi para
hadirin yang terdiri dari ibu bapa


Tabung derma untuk mesyuarat agung


Cikgu Zaidi selaku badan setiausaha
Mesyuarat Agung PIBG memulakan
sesi ucapan awal kepada para
hadirin yang turut hadir lebih awal
ke dewan sekitar awal petang tersebut


 Antara ibu bapa yang hadir lebih awal ke dewan
sekitar awal petang tersebut


Antara kaum ibu yang telah memenuhi tempat
duduk di hadapan setelah tempat duduk dipenuhi


 Pengacara majlis memulakan kata-
kata aluan pembukaan lafaz permulaan


 Ustaz Sha'arizal selaku bacaan doa


Yang Dipertua PIBG En. Mohd Salim
Bin Muda memulakan ucapan beliau


 Ucapan sepatah dua tiga kata dari
Guru Besar Pn. Hjh Ruziah Binti
Hj. Ghazali


Ucapan yang ditunggu-tunggu iaitu
dari YB Dato Hj Mohamed Bin
Hj Jaafar selaku merasmikan majlis
mesyuarat agung PIBG


 Seterusnya upacara penyampaian hadiah 
dan cenderamata kepada yang terlibat
dalam unit AJK utama untuk  mesyuarat  
agung pada kali ini


Cikgu Zaidi memberikan kebenaran 
kepada hadirin untuk mengemukakan cadangan
bagi belah pihak ibu bapa yang hadir untuk berkongsikan pendapat
bersama dengan Guru Besar, GPK1 serta guru panatia
yang terlibat

Thursday, 14 February 2013

Pemeriksaan Kesihatan

Pada hari Isnin bertarikh 6 Februari, kedatangan pegawai perubatan pada sekitar jam 11pagi ke sekolah ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan keatas murid-murid tahun 1 dan pemeriksaan sampingan keatas murid-murid tahun 6 pada hari tersebut.  Pemeriksaan tersebut dijalankan oleh seorang orang Staf Nurse, seorang ketua jururawat dan dua orang jururawat masyarakat.  Antara gambar-gambar semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan itu adalah seperti yang berikut :-





Wednesday, 6 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah SKJU

Suasana Menjelang Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pada hari jumaat bersamaan 1 Februari 2013 telah diadakan majlis sambutan maulidur rasul yang telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah untuk pergerakan perarakan pertama yang bertempat di lokasi tersebut. Perarakan himpunan maulidur rasul itu juga bermula dari tapak perhimpunan sekolah dan seterusnya berakhir di dewan sekolah. Perarakan maulidur rasul dijalankan oleh semua murid-murid yang hadir pada hari jumaat tersebut digerakkan perarakan melalui jalan utama di Felda Jenderak Utara yang mana setiap murid-murid membawa sepanduk dan juga kain rentang serta papan tanda sempena hari sambutan maulidur rasul dijalankan. Perarakan sambutan maulidur rasul juga diadakan dengan jayanya iaitu bermula pada jam 7.40 pagi dan berakhir jam 10.15 pagi. Selepas jam 11 pagi, sambutan maulidur rasul dibuat di dewan sekolah dengan dihadiri oleh Ustaz Najib, Ustaz Sha'arizal, dan Ustazah Aisyah.

Antara murid-murid yang hadir pada hari tersebut

Murid-murid yang duduk di hadapan kusyuk mendengar
tazkirah dari ustaz yang bertugas di majlis sambutan
maulidur rasul bersama murid-murid tersebut

Ustaz Najib dengan gaya tersendiri
dan penyampaian tazkirah pertama

Semua murid-murid bangun untuk bacaan doa

Sepanduk untuk perarakan maulidur rasul

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...