Pada sekitar awal bulan April 2013 telah diadakan kem motivasi yang disertai oleh kebanyakkan murid tahun enam yang mana kem motivasi ini telah diadakan selama tiga hari iaitu bermula hari Rabu, Khamis dan Jumaat yang bertempat di Jabatan Perhilitan Felda Jenderak Selatan. Kem Motivasi tersebut juga turut diadakan dengan jayanya yang bermula pada jam 10pagi hari rabu dengan pendaftaran dilakukan oleh semua murid tahun enam yang terlibat dan diiringi oleh guru tahun enam iaitu cikgu Ekhwan, cikgu Helmi, Ustaz Najib, cikgu Zaidi, cikgu Shah Hanim, cikgu Eaza dan cikgu Hasnita.
Selain itu, kem motivasi ini juga turut diadakan dengan pelbagai aktiviti seperti malam persembahan yang terdiri dari lakonan, penyampaian sajak, syair, dan nyanyian. Sebelum malam persembahan diadakan telah bermulanya latihan bagi persembahan yang bakal diadakan pada malam khamis yang merupakan malam pertama bagi menjernihkan lagi serta memeriahkan suasana sambutan malam persembahan bagi peserta kem motivasi murid tahun enam tersebut. Kem motivasi ini juga dinamakan kem wirawaja iaitu yang telah diadakan bermula tarikh 3 April sehingga 5 April 2013 iaitu selama 3 hari dua malam. Antara gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut...:
Latihan yang bakal membuat persembahan dikir barat |
Yang ini adalah latihan bakal kumpulan yang buat persembahan nyanyian |
Salah satu kumpulan yang di dalam tutorial iaitu kumpulan Al-Jannah sedang mendengar amanah dari ustaz Najib berkaitan dengan latihan persembahan pada petang tersebut |
Malam persembahan yang dinantikan yang mana pembentangan dimulai oleh Kumpulan Jaguh Kampung |
Seterusnya pembentangan oleh Kumpulan Saifullah dengan slogan Kami Pasti Boleh |
Yang ini adalah pembentangan dari Kumpulan yang bernama Al-Jannah |
Yang terakhir adalah pembentangan oleh Kumpulan yang diberi nama 1 Malaysia dengan slogan Kami Berani |
Pn. Shah Hanim menyampaikan ucapan dan amanat setelah selesai tugasan persembahan ringkas dari murid tahun 6 |
Abang Ekhwan yang menjadi imam untuk malam pertama solat magrib |
Persembahan dari kumpulan 1 Malaysia iaitu persembahan yang berbentuk lakonan |
Persembahan dari kumpulan Jaguh Kampung yang membuat persembahan dikir barat |