Konvoi Berbasikal Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah
Pada hari Selasa bertarikh 17 September 2013 bersamaan dengan 11 Zulkaedah 1434 telah diadakan satu sesi konvoi berbasikal oleh murid-murid tahun dua, tiga, empat, lima dan enam yang ada basikal
peribadi mereka masing-masing. Sempena Hari konvoi berbasikal, kesemua murid yang ada basikal dibenarkan mengayuh basikal mereka mengikut track laluan yang telah dirancang oleh penganjur sambutan yang telah dijalankan dengan memulakan laluan di hadapan sekolah dan seterusnya melalui laluan sepanjang tiga kilometer sebelum tiba di Pejabat Felda iaitu bagi sesi rehat dan singgah sebentar di lokasi tersebut serta sesi persembahan seni silat cekak Harimau serta persembahan nyanyian lagu Patriotik bertajuk Darah Satria di hadapan kakitangan Pengurus Pejabat Felda dan YDP PIBG En. Mohd Salim Bin Muda. Persembahan di pejabat felda tersebut turut melibatkan keseluruhan murid tahun lima dan sebahagian dari murid tahun empat dan tahun enam.
Pada hari tersebut juga, pelbagai hiasan yang telah dibuat pada setiap basikal yang terlibat dan digunakan dalam sesi konvoi Hari Malaysia dengan mengibarkan bendera di setiap basikal masing-masing sama ada bendera kecil atau bendera besar dan juga turut melibatkan hiasan lain iaitu hiasan yang begitu kreatif dan pelbagai corak hiasan yang telah dipamerkan pada basikal yang dipergunakan pada hari konvoi berbasikal Hari Malaysia tersebut. Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut>>>>
|
Antara basikal yang telah dibenarkan dan diluluskan
dalam program konvoi yang bakal dianjurkan |
|
|
Murid-murid telah berkumpul lebih awal di
tapak perhimpunan |
|
Basikal yang telah dihiasi dengan bendera dan riben
serta hiasan sampingan yang lain |
|
Sebahagian murid-murid yang telah bersiap-sedia |
|
Antara murid-murid yang telah mengambil basikal
bagi bersiap-sedia dalam menyertai konvoi |
|
Semua yang ada basikal dapat menyertai konvoi |
|
Macam-macam jenis basikal dan aneka pelbagai
bentuk |
|
Basikal yang membawa jalur gemilang yang bersaiz
besar |
|
|
Betapa patriotiknya mereka kerana meletakkan
bendera yang lebih besar dari basikal mereka |
|
Hiasan basikal yang paling cantik
untuk setakat ini |
|
Semangat patriotik yang tidak pernah pudar |
|
Barisan konvoi yang menunggu kawan yant tertinggal |
|
Konvoi diteruskan sehingga sampai ke destinasi |
|
Salah sebuah basikal yang tidak memasang bendera
dan mempunyai hiasan yang kreatif |
|
|
Antara basikal yang telah sampai lebih awal di pejabat
felda |
|
|
Basikal yang telah sampai disusun dengan teratur
untuk mengelakan kesesakkan |
|
Cikgu Ekhwan selaku pengacara bagi
sesi sambutan konvoi di pejabat felda |