SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Sunday, 13 March 2016

Mesyuarat Agung P.I.B.G Kali Ke 37

Minit Mesyuarat Agung P.I.B.G Untuk kali Ke 37 SKJU 2016

Pada hari Jumaat bersamaan 11 Mac 2016 bebaru ini telah diadakan mesyuarat agung yang telah diadakan di dewan Pak Sako SKJU dengan penuh berprestij yang bermula sekitar waktu 8 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi pada hari Jumaat tersebut. Dalam mesyuarat PIBG pada kali itu terdapat uturcara majlis seperti berikut:

8.18 pagi    : Ahli mendaftar dan mengambil tempat
8.30 pagi    : *Aluan Pengerusi Majlis
                     *Nyanyian lagu negaraku
                     *Bacaan doa
                     *Ucapan guru besar
                     *Ucapan YDP PIBG
                     *Ucapan Perasmian
                     *Penyampaian Cenderamata
9.30 pagi    : Rehat dan Jamuan Ringan
10.15 pagi  : Mesyuarat dimulakan
11.12 pagi  : Cabutan bertuah

Perancangan Program Sekolah dalam Tentatif Mesyuarat Agung PIBG 2016

1.  Kejohanan Merentas Desa
2.  Sambutan Maulidur Rasul
3.  Kelas Bimbingan Cakna Sokmo UPSR
4.  Bengkel Menjawab Soalan UPSR
5.  Cakna Waris
6.  Kem Motivasi Tahun Enam
7.  Membuat sedikit pemulihan untuk tempat menurunkan murid di luar pagar sekolah dengan simen
8.  Perkhemahan Unit Beruniform
9.  Sukan Tahunan Sekolah
10.Sambutan Hari Guru
11.Sambutan Hari Raya Aidilfitri
12.Sambutan Hari Raya Aidiladha
13.Solat Hajat UPSR

Mesyuarat Agung pada tahun ini juga dirasmikan  oleh YB Dato Hj Ismail bin Hj Mohamed Said selaku Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Kuala Krau. Mesyuarat agung pada kali ini dihadiri oleh YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda serta Pengurus Felda Jenderak Utara En. Mohamad Fadeli Bin Ibrahim dan Tuan Guru Besar serta guru yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat agung PIBG pada kali ini.  














TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...