SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Tuesday, 29 October 2013

Program Taklimat Keselamatan SKJU 2013

Hari Penyampaian Taklimat Berkaitan Dengan Pencegahan Jenayah Dan Tindakan Keselamatan

Pada Hari Selasa 29 Oktober 2013, sekolah kita telah membuat program yang amat dinantikan iaitu program yang merupakan julung-julung kali diadakan di sekolah dengan menjemput seorang penceramah yang merupakan seorang pegawai Polis yang berpangkat Sarjan Mejar Othman Bin Mohamad yang hadir bersama dua anggota polis yang berpangkat Lans Koperal hadir ke dewan sekolah bagi menyempurnakan sesi taklimat yang diadakan pada waktu pagi hari tersebut. Kehadiran Tuan Sarjan Mejar Othman juga turut di umumkan oleh pengacara majlis iaitu Cikgu Mohd Ekhwan sewaktu bermulanya sesi taklimat. Dalam sekitar waktu sesi taklimat bermula Tuan Sarjan telah mengumumkan akan memberi cenderamata kepada memana murid-murid yang dapat menjawab soalan yang bakal disampaikan setelah selesai dan di hujung akhir sesi taklimat yang beliau ajukan kepada murid-murid yang hadir di dewan sekolah sekitar pagi tersebut bersama guru serta staf sokongan yang bertugas sepanjang sesi taklimat diadakan. Dalam waktu keseluruhan sesi taklimat diadakan, terdapat pelbagai perkara serta unsur jenayah yang ditunjukkan oleh Tuan Sarjan Mejar antaranya berkaitan dengan peras ugut, kes bunuh, kes rogol, kes pecah rumah, kes samun dan sebagainya. Antara gambar aktiviti yang dapat dipaparkan adalah seperti berikut....>>>>

Antara peralatan seperti LCD dan komputer riba telah disedia


Murid-murid yang sudah bersedia untuk mendengar
taklimat yang bakal disampaikan


Cikgu Ekhwan yang menjadi pengacara


Antara program taklimat yang akan diketengahkan
sebentar sahaja lagi melalui perbantangan power point

Ucapan aluan oleh Sarjan Mejar Othman untuk permulaan
taklimat yang bertajuk tindakan keselamatan

Seterusnya selepas selesai sesi taklimat keselamatan, sesi soal jawab dimulakan...>>>
















Setelah selesai sesi taklimat dan sesi soal jawab seterusnya penyampaian cenderamata kepada Sarjan Mejar Othman oleh GPK Pentadbiran dan seterusnya sesi pergambaran Tuan Sarjan Mejar bersama murid tahun enam dan guru penolong. 


Thursday, 24 October 2013

Program Taklimat Kesihatan

Program Taklimat Kesihatan dan Persediaan Alam Remaja

Pada hari Selasa 22 Oktober sekitar waktu pagi tersebut satu sesi taklimat yang telah disampaikan oleh pegawai perubatan kepada murid-murid tahun enam yang diadakan di dewan sekolah....>>>>

Antara panel yang terlibat dalam penyampaian taklimat
berkaitan dengan persediaan di alam remaja


Barisan murid tahun enam yang hadir di sesi taklimat


Pn. Syarifah Hidayah yang merupakan penyampaian
sesi taklimat kepada murid tahun enam


Suasana di dalam dewan sewaktu sesi taklimat


Antara murid-murid tahun enam yang khusyuk mendengar
taklimat yang disampaikan sekitar hujung pagi tersebut


Sesi pengambaran


Ketua kelas murid tahun enam yang merupakan wakil dalam
menerima cenderamata dari penyampaian taklimat tersebut

Sunday, 20 October 2013

Sambutan Hari Raya Aidiladha 1434

Aktiviti Berkorban dan Sambutan Aidiladha Peringkat Sekolah

Pada hari Khamis 17 Oktober 2013 bersamaan 12 Zulhijjah 1434 telah diadakan aktiviti penyembelihan lembu bertujuan untuk dijadikan daging korban yang mana gotong-royong bagi aktiviti penyembelihan tersebut dilakukan oleh sebahagian guru serta staf sokongan yang hadir memberi kerjasama dalam aktiviti penyembelihan yang dijalankan sekitar waktu pagi tersebut. Aktiviti korban ini juga dikasifikasikan sebagai ibadah korban yang dilakukan di bahagian belakang bangunan sekolah berhampiran dengan bengkel Kemahiran Hidup yang lama serta berdekatan dengan ladang kelapa sawit.  Selain guru-guru dan staf sokongan yang turut terlibat adalah wakil dari ibu bapa murid-murid yang hadir untuk turut serta dan menjadi sukarela dalam bersama melaksanakan aktiviti ibadah korban tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut...>


Ucapan ringkas dari ustaz Najib berkaitan dengan Solat
Sunat Hari Raya Aidiladha pada 11 Oktober 6 Zulhijjah
Hari Jumaat di dewan sekolah



Syafiq yang ditanyakan oleh Ustaz Najib berkaitan dengan
bacaan dan niat bagi menunaikan solat sunat Aidiladha


Penyembelihan yang bermula dengan mengikat keempat kaki


Lembu yang diikat kakinya bakal dikorbankan



Antara sukarelawan serta guru yang terlibat dalam aktiviti


Bekerja keras ketika aktiviti penyembelihan dijalankan



Thursday, 17 October 2013

Program Gotong-Royong Tahun Enam

Aktiviti Gotong-Royong Murid-murid Tahun Enam 2013

Pada 10 Oktober 2013 hari Khamis sekitar waktu pagi telah diadakan aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh unit jawatankuasa disiplin dan kokurikulum bagi murid-murid tahun enam yang baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR pada bulan yang sebelumnya untuk memenuhi aktiviti tambahan dan riadah murid tahun enam yang telah selesai menjalani peperiksaan berprestij tersebut.  Aktiviti gotong-royong ini juga melibatkan exco jawatankuasa seperti Cikgu Alias Bin Hassan GPK Koko, cikgu Zaiton Binti Hamzah GPK Hem, Ustazah Romlah, Ustazah Norhayati Binti Ahmad, En. Mazlan, En. Bahari dan  En. Abdul Muttalib serta Setiausaha Masjid Felda Jenderak Utara.  Antara gambar-gambar aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut...:












































TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...