SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday, 28 January 2015

Pertandingan Lari Merentas Desa SKJU

Acara Larian Marathon Awal Tahun SKJU 2015

Pada hari Selasa bersamaan dengan 27 Januari 2015 telah diadakan suatu pertandingan larian atau lebih dikenali dengan marathon yang di sertai oleh semua murid yang hadir ke sekolah sekitar hari tersebut. Kawalan keselamatan sepanjang acara marathon dipertingkatkan dengan diselia oleh Anggota RELA dan pengawal keselamatan yang bertugas pada haritersebut. Acara marathon ini juga bermula pada jam 8.40 pagi di luar pintu gerbang sekolah dan berakhir pada jam 9.45 pagi secara keseluruhannya dengan penyampaian hadiah bagi murid-murid yang menduduki tempat kelima, keempat, ketiga, naib johan dan johan pertandingan marathon tersebut. Hadiah pertandingan marathon disampaikan oleh Guru GPK Koko kepada murid-murid di pentas hadapan tapak perhimpunan sekolah sekitar jam 10 pagi hari tersebut. Hadiah disampaikan kepada murid-murid yang berjaya dalam bentuk pingat iaitu madel yang digantung di leher untuk setiap mereka yang berjaya menjadi pemenang dalam pertandingan tersebut. Antara suasana dan gambar yang terdapat dalam acara ini adalah seperti berikut:


























Sunday, 23 November 2014

Hari Pendidikan dan Graduasi Murid Pra Sekolah

Sambutan Hari Penyampaian Hadiah dan Graduasi Murid Pra Sekolah

Pada hari Rabu bersamaan 19 November 2014 jam 9pagi telah diadakan hari Pendidikan dan sambutan Hari Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk akademik, sahsiah, akhlak mahupun kokurikulum.  Majlis sambutan Hari Pendidikan ini diadakan dengan jayanya di Dewan  Besar Pak Sako dengan dihadiri oleh penjaga serta ibu bapa murid-murid yang menerima hadiah sekitar awal pagi tersebut. Majlis Hari Pendidikan dan Penyampaian Hadiah ini juga dirasmikan dengan berprestij dan dengan jayanya oleh YB Dato Haji Mohamed Bin Jaafar selaku Adun Jenderak. Sesi penyampaian hadiah juga turut langsungkan dengan penyampaian anugerah tokoh murid untuk seorang sahaja calon murid tahun enam yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum serta turut memberi sumbangan kepada sekolah dalam pelbagai aspek pencapaian yang berkaitan dengan sukan serta dinobatkan yang terbaik dalam semua mata pelajaran yang diambil. 









Selain itu terdapat persembahan yang menghiburkan dari murid-murid yang tampil dalam melakukan persembahan tersebut ialah murid tahun enam, murid pra sekolah dan murid tahun 4 dan 5. 


Thursday, 16 October 2014

Hari Kantin 2014

Sambutan Hari Kantin Peringkat Sekolah

Pada hari Khamis, 16 Oktober 2014 telah diadakan sekitar dalam waktu pagi yang mana telah diadakan di perkarangan hadapan bangunan baru sekolah sempena sambutan Hari Kantin untuk tahun 2014. Program sambutan hari kantin ini juga diadakan dengan bantuan penuh dan perbadanan oleh YDP PIBG sekolah iaitu En Mohd Salim Bin Muda. Suasana sambutan hari kantin juga boleh dilihat dengan kesibukkan urusan aktiviti menjual dan membeli pelbagai juadah makanan oleh murid-murid dalam sekitar waktu rehat tersebut. Antara gambar-gambar aktiviti program Hari Kantin adalah seperti berikut...: 






Wednesday, 3 September 2014

Program Solat Sunat Hajat UPSR 2014

Sesi Perlaksanaan Solat Hajat Untuk Murid-murid UPSR 2014  

Pada hari Rabu 3 September 2014 bebaru ini telah diadakan satu program solat sunat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Hj. Mohamad Najib Bin Hj. Nawawi bersama guru-guru dan ibu bapa yang hadir pada sesi solat hajat serta murid-murid tahun empat, lima dan enam yang turut serta mengikuti sesi solat hajat yang telah diadakan di perkarangan hadapan bangunan baru sekolah. Seterusnya bacaan surah yasin dilakukan selepas selesai sahaja solat sunat hajat dan solat sunat Dhuha. 





 

Monday, 11 August 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKJU 2014

Jamuan Hari Raya 2014

Pada hari Isnin 11 Ogos 2014 telah diadakan jamuan sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah dan diadakan dengan jayanya sambutan Hari Raya tersebut untuk guru-guru, semua kakitangan sokongan, sukarelawan yang hadir serta murid-murid yang tidak ketinggalan dalam mempamerkan fesyen pakaian serta baju raya mengikut tradisi masing-masing. Sambutan hari raya juga turut diadakan dengan perhimpunan dan seterusnya pembelajaran seperti biasa sehingga jam 10.32pagi dan seterusnya semua murid berkumpul di dewan Pak Sako untuk keraian jamuan hari raya Aidilfitri. Sepanjang jamuan hari raya tersebut pelbagai aneka juadah seperti lemang, rendang, nasi impit, nasi tomato, nasi minyak, acar timun serta pelbagai aneka kuih-muih yang sememangnya menjadi tradisi hidangan ringan yang menyelerakan di hari raya Aidilfitri untuk kali ini.


















Wednesday, 23 July 2014

Berbuka Puasa Bersama Murid tahun 6 dan Kakitangan Felda

Jamuan Berbuka Puasa Tahun 6 Anjuran PIBG

Pada hari Selasa 22 Julai 2014 telah diadakan majlis jamuan berbuka puasa anjuran Persatuan Ibu Bapa & Guru SKJU untuk sesi tahun 2014 yang telah diadakan di dewan Pak Sako bersama dengan murid-murid tahun enam beserta dengan ibu bapa masing-masing yang secara sukarela telah menjamu selera bersama dengan anak mereka yang bakal menduduki UPSR untuk tahun ini. Sebelum jamuan berbuka puasa diadakan, gotong-royong memasak dari sukarelawan wanita dilakukan sekitar jam tiga petang bersama dengan pekerja swasta yang lain di pondok Zaa'ba. Seterusnya, jamuan berbuka puasa tersebut bermula sekitar jam 7.32 petang dan bersurai sepenuhnya sekitar jam 10malam.






TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...