Tuesday, 8 September 2015
Program Bengkel Pertolongan Cemas
Bengkel Pertolongan Cemas SKJU 2015
Pada hari Selasa 8 September 2015 telah diadakan bengkel pertolongan cemas yang berlangsung di Dewan Pak Sako bermula sekitar jam 9.32 pagi dan berakhir 11.20 pagi. Bengkel pertolongan cemas ini disampaikan melalui penceramah jemputan iaitu Dr. Abdul Azim Al-Abrar Bin Ahmad Kailani. Perjalanan program ini dijalankan dengan sepenuhnya oleh Pn. Siti Aibaaiyah Binti Sulong berpandukan buku program yang telah disediakan.
Friday, 31 July 2015
Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Persaraan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Perpisahan Guru GPK Koko
Pada hari Jumaat 31 Julai bebaru ini telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun ini dan serentak sambutan jamuan persaraan Guru GPK Koko iaitu Cikgu Alias Bin Hassan. Selain itu, perpindahan seorang guru yang merupakan ustazah di sekolah ini juga turut serentak dengan persaraan Guru GPK Koko serta jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2015 pada kali ini. Sambutan jamuan Aidilfitri dan persaraan serta perpisahan ini juga diadakan sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir sepenuhnya jam 11.40 pagi. Sambutan ini juga turut dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda serta dirasmikan juga oleh Ahli Parlimen Jenderak YB Dato Hj Mohamad Bin Hj. Jaafar yang hadir sekitar jam 10 pagi.

| Ketua Perbarisan mengiringi penyambut tetamu iaitu Tuan Guru Besar dan GPK HEM mengiringi ketibaan Tuan Haji Alias Bin Hassan |
| Tuan Haji Alias membuat pemeriksaan keatas setiap perbarisan ahli kadet dari kalangan murid sekolah |
| Pasukan Perbarisan Kadet sekolah yang terdiri dari murid tahun empat, lima dan enam |
| Pengiring bunga manggar yang turut bersama dalam perarakkan |
| Penghormatan kepada Tuan Haji Alias Mantan GPK Koko di atas laluan karpet merah menuju ke pentas dewan utama |
| Tuan Haji Alias ditempatkan di atas kerusi pentas |
| Majlis hari Persaraan Tuan Haji Alias Bin Hassan |
| Ustaz Najib selaku bacaan doa pembuka majlis |
| Bacaan doa oleh pengiring tetamu dan dif jemputan |
| Murid yang bernama Muhamad Iffan Nor Bin Basyarudin menyampaikan bacaan ayat suci Al-Quran |
| Ucapan Aluan Dari YDP PIBG |
| Ucapan aluan dari En. Mohd Salim Bin Muda selaku YDP PIBG |
Thursday, 30 July 2015
Mesyuarat Guru-Guru dan Staf Sokongan
Mesyuarat Berkaitan Dengan Kelancaran Perjalanan Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015
Pada hari Selasa 28 Julai 2015 bebaru ini mesyuarat yang melibatkan semua guru-guru dan staf sokongan serta kakitangan swasta yang hadir sekitar jam 1 tengahari tersebuta yang diadakan di bilik gerakan SKJU....

Tuesday, 14 July 2015
Program Solat Dhuha, Solat Hajat dan Khatam Al-Quran
Program Solat Sunat Dan Khatam Al-Quran Serta Semarak Ramadhan
Pada hari selasa 14 Julai 2015 telah diadakan program sempena penghujung bulan puasa atau program penutupan akhir bulan Ramadhan serta penyampaian ceramah berkaitan dengan solat sunat Aidilfitri yang disampaikan oleh Ustaz Sha'arizal kepada semua murid-murid yang hadir ke sekolah sekitar waktu pagi tersebut. Seterusnya program Khatam Al-Quran dan tilawah bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh murid-murid yang terpilih yang terdiri dari murid tahun empat, lima dan enam. Bacaan Tilawah dan Khatam Al-Quran dikelolakan oleh Ustaz Mohamad Najib selepas selesai ucapan dari Ustaz Sha'arizal kepada murid-murid yang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)
TAHNIAH
Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...