SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Saturday, 24 November 2018

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2018

Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan Murid SKJU 2018 

Pada hari Khamis bersamaan dengan 22 November 2018 telah diadakan di Dewan Utama Pak Sako yang mana bermula sambutan majlis sekitar jam 8.35 Pagi dan berakhir pada jam 12.40 Tengahari hari Khamis tersebut. Sambutan ini dipengacarakan oleh En. Syukri dan Cik Ain Izzaty dan majlis juga turut diserikan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Najib dan dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda serta turut bersama dalam perasmian Anugerah tersebut ialah Tuan Guru Besar sendiri En. Mohd Saniy Tai dan tetamu yang turut hadir pada hari tersebut juga termasuk Pengurus Felda Jenderak Utara iaitu En. Mohamad Fadzli yang turut serta merasmikan majlis sambutan yang diadakan pada hari tersebut. Selain itu juga YDP PIBG turut menyampaikan ucapan dan sepatah dua kata sekitar waktu pagi tersebut dan yang turut menyampaikan ucapan adalah Tuan Guru Besar, serta Pengurus Felda Jenderak Utara.










































































































Tuesday, 20 November 2018

Jamuan Akhir Tahun Guru-Guru dan Kakitangan Sokongan SKJU 2018

لايلي  المخرجانى  ليلألموعليمين

Jamuan Makan Malam Arabian Night SKJU 2018

Hari            :  Isnin
Tarikh         :  19 November  2018
Waktu         :  7.05 Petang sehingga 10.35 malam
Bertempat   :  Dewan Utama Pak Sako
Pengacara   :  Ustaz Sha'arizal dan Ustazah Aisah
Dirasmikan :  YDP PIBG En. Mohd Salim Bin Muda dan Tuan Guru Besar










Jamuan Prasekolah Akhir Tahun 2018

Jamuan Akhir Tahun Untuk Sambutan Hari Jadi Murid-Murid Pra SKJU Tahun 2018  

Hari           :  Isnin 
Tarikh        :  19 November  2018  
Waktu        :  10.40 Pagi sehingga jam 12.25 Tengahari 
Bertempat  :  Kelas Murid-murid Prasekolah SKJU
Jemputan   :  Semua Kakitangan Sokongan SKJU dan Guru-guru serta Ibu Bapa Murid Prasekolah 
                      yang Hadir dan Pekerja swasta SKJU serta Kakitangan Felda yang dikenali.









Sunday, 11 November 2018

Pertandingan Memasak Oleh Badan Unit Beruniform

Aktiviti Memasak Antara Unit PBSM, Tunas Kadet Rakan Sekolah, Pengakap dan Puteri Islam 2018 

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 9 November 2018 telah diadakan pertandingan memasak yang dilangsungkan sekitar waktu pagi iaitu dalam jam 8.40 sehingga jam 10.25 pagi sekitar hari Jumaat tersebut yang diadakan di Astaka lama perkarangan belakang padang sekolah bersama guru pengiring dan guru penasihat untuk setiap badan unit beruniform tersebut. Antara guru pengiring yang terlibat adalah seperti En. Mohd Ekhwan, Pn. Hasnita, Pn. Syahidatul Syazana, Pn. Shah Hanim, Pn. Rosnamiza,  En. Mohamad Nazarudin, Cik Aimi Syafiqah dan Cik Ain Izzaty yang turut terlibat dalam menyediakan segala ramuan dan bahan-bahan untuk pertandingan memasak tersebut.






















Resipi Yang Telah Disiap Untuk Dihidangkan Kepada Umum 






Sunday, 4 November 2018

Hari Usahawan Perdana SKJU 2018

Jualan Makanan & Minuman Sempena Hari Usahawan 2018 

Pada hari Khamis bersamaan 1 November 2018 telah diadakan Hari Usahawan dengan penuh jayanya yang mana telah diadakan di kawasan berdekatan dengan tempat letak kereta yang berhadapan dengan bangunan baru sekolah dengan jualan yang diusahakan oleh sebahagian murid tahun 5 dan tahun 6 sekolah ini. Antara usaha yang telah mereka rancangkan untuk setiap jualan adalah seperti berikut :











TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...