SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Saturday, 25 April 2015

Program Solat Sunat Hajat

Program Solat Sunat Hajat Sesi Pertama Tahun 2015.

Pada hari Jumaat bersamaan 24 April 2015 telah diadakan suatu program solat sunat Hajat Perdana yang dilangsungkan di tapak berhadapan dengan bangunan baru sekolah. Solat Sunat Hajat turut diringi dengan upacara solat sunat Dhuha dan akhir sekali bacaan surah Yassin bersama-sama yang telah diadakan sekitar jam 8.33 pagi dan berakhir jam 9.55 pagi.  Solat Sunat Hajat diimamkan oleh Ustaz Haji Mohammad Najib Bin Nawawi bersama ibu bapa murid tahun enam yang hadir serta guru-guru dan kakitangan yang hadir sekitar pagi tersebut.






Tuesday, 7 April 2015

Pertandingan Berbalas Pantun

SKJU Tuan Rumah Pertandingan Berbalas Pantun

Pada hari Isnin bersamaan 6 April 2015, satu pertandingan berbalas pantun yang diadakan di dua lokasi berasingan iaitu pertandingan permulaan sampai peringkat separuh akhir dibuat di Bilik J-Qaf dan bilik kelas fardu Ain serta untuk peringkat pertandingan akhir dilangsungkan di Dewan Pak Sako. Pertandingan Berbalas Pantun dirasmikan dengan jayanya oleh Pegawai PPD Temerloh iaitu Tuan Haji Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad. Pertandingan berbalas Pantun melibatkan lapan buah sekolah yang bertanding di SK Felda Jenderak Utara yang mana Sekolah yang menjadi tuan rumah tidak bertanding dan hanya selaku tuan rumah sahaja. Antara nama sekolah yang bertanding adalah S.K Jalan Bahagia, S.K Temerloh Jaya A, S.K Lubuk Terua, S.K Kuala Tekal, S.K Kampung Jenderak, S.K Seri Tualang, S.K Kuala Kaung dan S.K Temerloh Jaya B.













Thursday, 26 February 2015

Menjelang Sukan Tahunan SKJU

Sukan Berprestij SKJU 2015  

Akhirnya hari yang dinantikan iaitu Sambutan Hari Sukan Tahunan 2015 yang telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 26 Februari dengan rasminya telah berlangsung dengan penuh berprestij di lapangan padang sekolah yang dirasmikan oleh wakil YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda.Sambutan Hari Sukan Tahunan ini juga dilaksanakan dengan pelbagai persediaan yang rapi dan penuh dengan kerjasama untuk menambahkan kemeriahan sambutan hari Sukan Tahunan bagi kali yang ke 39 ini.


Kerusi untuk tetamu VVIP disediakan

Antara hiasan dari pelbagai rumah sukan telah siap
dipasang

Hadiah yang berbentuk hamper bagi acara untuk murid
prasekolah dan murid kelas khas


Hadiah yang berbentuk bungkusan bagi acara terbuka


Hadiah yang berbentuk piala


Hadiah yang berbentuk pingat juara, naib juara dan tempat
ketiga


Perbarisan Hari Sukan Dari Rumah Sukan Yang Bertanding

Perbarisan Pembawa Bendera Kejohanan



Pembawa Bendera Kejohanan


Barisan pengerusi VIP yang hadir memantau perjalanan
perbarisan rumah sukan


Perbarisan Rumah Sukan bergerak ke tempat yang
terakhir untuk upacara perbarisan selesai keseluruhan


Perbarisan rumah sukan yang telah sampai secara
keseluruhan di tapak akhir perbarisan


Bekerjasama menaikkan bendera kejohanan


Bendera kejohanan bakal dinaikkan


Proses menaikkan bendera kejohanan

Bendera yang telah selesai dinaikkan


Bendera yang dinaikkan


Bacaan Ikrar oleh Ketua Pembawa bendera Rumah Sukan


Suasana selepas bacaan ikrar sukan tahunan selesai


Ucapan oleh YDP PIBG sekolah


Kata-kata aluan dan semangat kepada peserta rumah sukan

Guru Besar menyampaikan ucapan dan
kata-kata aluan untuk pembukaan perasmian
sambutan hari sukan tahunan


Pengurus Felda Jenderak Utara Y.H. Encik
Muhammad Fadeli Bin Ibrahim turut
bersama dalam menyampaikan ucapan
dan kata aluan untuk pembukaan perasmian
Hari Sukan Tahunan


Ucapan dan kata aluan yang penuh dengan semangat
kesukanan disampaikan kepada murid-murid yang
mengambil bahagian


Tuan Guru Besar dan Pengurus Felda JU turut bersama
dalam menyampaikan hadiah kepada para pemenang



Y.H. Encik Muhammad Fadeli Bin Ibrahim menyampaikan
kalungan pingat kepada peserta dari rumah Saga
yang telah berjaya dalam acara dan penyertaan
dalam sukan


Antara Peserta yang berjaya dalam
acara yang dipertandingan
pada hari sukan tersebut


Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada
Pengurus Felda Jenderak Utara iaitu
Y.H  En. Muhammad Fadeli Bin Ibrahim










TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...