SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Thursday, 17 September 2015

Program Sukaneka Prasekolah 2015

Sukaneka Prasekolah Bersama Guru-guru Kakitangan Sokongan dan Ibu Bapa Serta Pewaris

Pada hari Selasa bebaru ini bersamaan dengan 15 September 2015 telah diadakan suatu sambutan sukaneka serta program permainan aturcara sukan murid prasekolah.  Sambutan program sukaneka ini diadakan bermula pada jam 9 Pagi dan berakhir jam 12.32 Tengahari.  Program sambutan di rasmikan oleh Pengurus Besar Felda Jenderak Utara dan turut bersama dalam perasmian tersebut adalah Tuan Guru Besar serta Pengerusi PEWARIS Sekolah Felda Jenderak Utara. Program sambutan sukaneka ini berlangsung sekitar pagi dengan pelbagai aktiviti sukan yang diadakan dengan jayanya....


















Tuesday, 8 September 2015

Program Bengkel Pertolongan Cemas


Bengkel Pertolongan Cemas SKJU 2015

Pada hari Selasa 8 September 2015 telah diadakan bengkel pertolongan cemas yang berlangsung di Dewan Pak Sako bermula sekitar jam 9.32 pagi dan berakhir 11.20 pagi.  Bengkel pertolongan cemas ini disampaikan melalui penceramah jemputan iaitu Dr. Abdul Azim Al-Abrar Bin Ahmad Kailani. Perjalanan program ini dijalankan dengan sepenuhnya oleh Pn. Siti Aibaaiyah Binti Sulong berpandukan buku program yang telah disediakan.  




Friday, 31 July 2015

Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Persaraan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Perpisahan Guru GPK Koko

Pada hari Jumaat 31 Julai bebaru ini telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun ini dan serentak sambutan jamuan persaraan Guru GPK Koko iaitu Cikgu Alias Bin Hassan.  Selain itu, perpindahan seorang guru yang merupakan ustazah di sekolah ini juga turut serentak dengan persaraan Guru GPK Koko serta jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2015 pada kali ini. Sambutan jamuan Aidilfitri dan persaraan serta perpisahan ini juga diadakan sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir sepenuhnya jam 11.40 pagi.  Sambutan ini juga turut dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda serta dirasmikan juga oleh Ahli Parlimen Jenderak YB Dato Hj Mohamad Bin Hj. Jaafar yang hadir sekitar jam 10 pagi.




 Ketua Perbarisan mengiringi penyambut tetamu iaitu Tuan 
Guru Besar dan GPK HEM mengiringi ketibaan
Tuan Haji Alias Bin Hassan


 Tuan Haji Alias membuat pemeriksaan keatas setiap
perbarisan ahli kadet dari kalangan murid sekolah


Pasukan Perbarisan Kadet sekolah yang terdiri dari murid
tahun empat, lima dan enam


Pengiring bunga manggar yang turut bersama dalam
perarakkan


Penghormatan kepada Tuan Haji Alias Mantan GPK Koko di
atas laluan karpet merah menuju ke pentas dewan utama





Tuan Haji Alias ditempatkan di atas kerusi pentas


Majlis hari Persaraan Tuan Haji Alias Bin Hassan


Ustaz Najib selaku bacaan doa pembuka majlis


Bacaan doa oleh pengiring tetamu dan dif jemputan


Murid yang bernama Muhamad  Iffan
Nor Bin Basyarudin menyampaikan
bacaan ayat suci Al-Quran




Ucapan Aluan Dari YDP PIBG


Ucapan aluan dari En. Mohd Salim Bin Muda selaku YDP
PIBG


Tuan Guru Besar turut menyampaikan ucapan dan kata aluan
sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
dan majlis perpisahan 


Kata aluan Ustazah Romlah yang akan berpindah ke
sekolah lain yang telah dipohon sebelum ini


Ucapan dan kata aluan terakhir dari Tuan Haji Alias Bin
Hassan selaku mantan GPK Koko















































TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...