Pada tarikh 21 September 2012 bersamaan dengan 5 Zulkaedah 1433 hari Jumaat telah diadakan jamuan hari jadi untuk murid-murid pra sekolah yang menyambut bagi akhir tahun ini. Sambutan majlis jamuan tersebut dikemaskinikan oleh Pn. Siti Abbaiyah Sulong selaku guru pra di sekolah ini dan juga turut di pelopori oleh Pembantu Pengurusan Murid pra sekolah ini iaitu Cik Rozimah Abd Rahman. Majlis jamuan itu juga turut menjemput semua guru-guru dan staf sokongan SKJU serta tidak ketinggalan menjemput penduduk yang dikenali dan yang berdekatan dengan sekolah ini untuk menghadiri ke majlis yang telah diadakan pada hari tersebut. Antara gambar yang berkaitan dengan jamuan adalah seperti berikut...:
Antara hidangan dan juadah jamuan yang telah disediakan |
Kek Coklat dan Vanila yang menjadi pilihan untuk sambutan pada kali ini |
Kek Coklat berkrim yang terdapat kacang bar di kelilingnya
Kek Vanila yang sememangnya sentiasa memutih
Laungan selamat Hari jadi dinyanyikan oleh murid-murid pra bersama dengan guru mereka
No comments:
Post a Comment