Pada hari Rabu bersamaan 15 Januari 2014 iaitu Hari yang disambut pada setiap tahun 12 Rabiul'awal sempena Hari Keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w yang disambut dengan diiringi solat sunat hajat dan seterusnya bacaan surah yassin. Sambutan Maulidur Rasul ini juga tidak ketinggalan dengan perarakkan oleh murid-murid yang hadir ke sekolah pada hari tersebut yang mana mereka semua berkumpul di tapak perhimpunan terlebih dahulu sebelum perarakkan dilangsungkan selepas selesai bacaan yassin dan solat sunat hajat. Sambutan Maulidur Rasul ini juga diadakan setiap tahun untuk memperingati hari kelahiran Junjungan Besar iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir bagi seluruh umat Manusia dan umat Islam secara keseluruhannya. Upacara perarakkan turut melibatkan semua murid SKJU yang hadir serta sebahagian guru termasuk Guru Besar turut bersama dalam upacara perarakkan Maulidur Rasul sekitar waktu pagi tersebut bersama GPK Pentadbiran. Upacara perarakkan tersebut bermula pada jam 8.50 pagi dan berakhir sekitar awal 9pagi dengan diiringi dengan bacaan selawat dan zikir kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah selesai perarakkan Maulidur Rasul, satu sesi ceramah yang telah diadakan di dewan dengan seorang Ustaz yang dijemput khas untuk menyampaikan sesi ceramah Maulidur Rasul bagi tahun ini iaitu Ustaz Saiful yang dari SK Kuala Krau telah hadir di dewan untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan peristiwa sempena hari sambutan sekitar pagi tersebut.
Ketibaan Ustaz Saiful di dewan bagi menyampaiakn sesi ceramah bertajuk Cinta Rasulullah s.a.w |
Ustaz Saiful menyampaikan sesi ceramah beliau bersama murid-murid yang hadir pada hari Sambutan Maulidur Rasul |
Antara murid-murid yang hadir dan kusyuk mendengar |
Suasana di hadapan dewan ketika ceramah sedang disampaikan oleh Ustaz Saiful |
No comments:
Post a Comment