SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK FELDA JENDERAK UTARA

Wednesday, 5 March 2014

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 35

Minit Mesyuarat Agong SKJU 2014  

Pada hari Rabu 26 Februari 2014 telah diadakan mesyuarat agong yang dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu En. Mohd Salim Bin Muda di dewan utama SKJU yang diadakan sekitar waktu pagi hari rabu tersebut. Mesyuarat agong yang julung kalinya diadakan setiap tahun itu turut dihadiri oleh ibu bapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bersama semua guru-guru yang hadir pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti yang dibuat sempena mesyuarat agong yang dilangsungkan sekitar pagi tersebut antaranya penyampaian hadiah kepada tokoh ibu bapa dan juga tokoh guru serta cabutan bertuah yang diadakan kepada semua yang hadir termasuk kepada kakitangan sokongan serta kakitangan swasta dalam sesi sambutan mesyuarat agong pada kali ini.







Seterusnya perasmian nama-nama baru bagi pondok yang baru sahaja dibina dalam tiga bulan yang lepas dengan sumbangan dari persatuan PIBG iaitu Pondok Za'aba, Pondok Ungku Aziz dan seterusnya Dewan Pak Sako yang mana nama-nama baru diberikan terutamanya kepada pondok baru iaitu Pondok Za'aba. 






No comments:

Post a Comment

TAHNIAH

  Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...