Pada hari Jumaat bersamaan 30 Januari telah diadakan program perjumpaan ibu bapa bersama dengan murid-murid tahun enam serta ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh En. Mohd Salim Bin Muda serta ucapan aluan dari Tuan Guru Besar En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah kepada murid tahun enam yang hadir di dewan Pak Sako sekitar waktu pagi tersebut. Cikgu Shah Hanim menjadi pengacara majlis manakala Cikgu Zaidi selaku pengerusi program Perjumpaan Murid Tahun Enam pada pagi hari Jumaat tersebut.
Acara pembukaan adalah bacaan doa dari Ustaz Najib dan upacara penutup adalah bacaan ikrar dari semua murid tahun enam.
No comments:
Post a Comment