KUALA KRAU I 2 MEI 2019 ( KHAMIS ) , SK (F) JENDERAK UTARA telah Menyambut Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Bertemakan GURU OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI " Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru-guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan.Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan.bagi aktiviti pada bulan Mei, Sambutan Hari Guru yang dirancang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan mento mentee kelas masing- masing.Di sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid.melalui aktiviti sambutan hari guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mento mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan.Di samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing- masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkab guru-guru dan menghidupkkan suasana hari Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberi erti yang disignifikan dalam catatan dairi seorang guru.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti
1. Pertandingan bola jaring guru perempuan dengan pelajar
2. Bola jaring guru lelaki dengan pelajar
3. Futsal guru lelaki dengan pelajar
4. Futsal guru perempuan dengan pelajar
5. Mengasingkan kekacang bagi guru-guru dan staf
6. Pertandingan Dart berpasukan
7. Perandingan merebut kerusi bagi guru lelaki dan perempuan
8. Pertandingan boling
Guru -guru dan staf berpakaian bertemakan 'Jika aku bukan seorang guru" dan " jika aku bukan di bidang pekerjaan sekarang "
1. pertandingan bola jaring guru dan pelajar
2. Pertandingan bola jaring guru lelaki dengan pelajar
3. Futsal guru perempuan dengan pelajar
4. Futsal guru lelaki dengan pelajar
5. Mengasingkan kacang mengikut kumpulan
6. Pertandingan dart berkumpulan
7. Pertandingan merebut kerusi
8. Pertandingan boling
SAMBUTAN HARI GURU
No comments:
Post a Comment