Pada hari Rabu bersamaan 25 Februari 2015 telah diadakan raptai dan latihan perbarisan untuk menghadapi sukan tahunan yang bakal diadakan dalam waktu terdekat ini. Acara raptai perbarisan telah disempurnakan sekitar jam 10 pagi selama satu jam setengah dan latihan persediaan hari sukan telah diadakan satu hari sebelum bermulanya hari sukan tahunan.
Wednesday, 25 February 2015
Persediaan Hari Sukan dan Raptai
Raptai Serta Latihan Perbarisan 2015
Pada hari Rabu bersamaan 25 Februari 2015 telah diadakan raptai dan latihan perbarisan untuk menghadapi sukan tahunan yang bakal diadakan dalam waktu terdekat ini. Acara raptai perbarisan telah disempurnakan sekitar jam 10 pagi selama satu jam setengah dan latihan persediaan hari sukan telah diadakan satu hari sebelum bermulanya hari sukan tahunan.
Pada hari Rabu bersamaan 25 Februari 2015 telah diadakan raptai dan latihan perbarisan untuk menghadapi sukan tahunan yang bakal diadakan dalam waktu terdekat ini. Acara raptai perbarisan telah disempurnakan sekitar jam 10 pagi selama satu jam setengah dan latihan persediaan hari sukan telah diadakan satu hari sebelum bermulanya hari sukan tahunan.
Tuesday, 24 February 2015
Latihan Sukan Tahunan 2015
Latihan Sukan
Latihan sukan diadakan sepanjang minggu dalam bulan Februari antara 16 Februari sehingga 24 Februari 2015.

Monday, 2 February 2015
Program Pertama Perjumpaan Murid Tahun 6 SKJU
Program Perjumpaan Murid Tahun Enam Bersama Dengan Ibu Bapa
Pada hari Jumaat bersamaan 30 Januari telah diadakan program perjumpaan ibu bapa bersama dengan murid-murid tahun enam serta ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh En. Mohd Salim Bin Muda serta ucapan aluan dari Tuan Guru Besar En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah kepada murid tahun enam yang hadir di dewan Pak Sako sekitar waktu pagi tersebut. Cikgu Shah Hanim menjadi pengacara majlis manakala Cikgu Zaidi selaku pengerusi program Perjumpaan Murid Tahun Enam pada pagi hari Jumaat tersebut.
Acara pembukaan adalah bacaan doa dari Ustaz Najib dan upacara penutup adalah bacaan ikrar dari semua murid tahun enam.

Wednesday, 28 January 2015
Penyampaian Sijil dan Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah
Penyampaian Sijil Pelantikan Pengawas SKJU Sesi 2015
Sekitar hari Rabu 28 Januari telah diadakan hari penyampaian sijil bagi penganugerahan perlantikan pengawas sekolah bagi sesi 2015. Selain penyampaian sijil pelantikan pengawas sekolah, turut diadakan penyampaian sijil bagi perlantikan pengawas pusat sumber dan penyampaian sijil bagi perlantikan ketua kelas serta penolong ketua kelas. Kesemua Sijil perlantikan disampaikan oleh Cikgu Zulkefli Bin Salim selaku GPK Hal Ehwal Murid SK (Felda) Jenderak Utara bagi tahun ini. Antara guru yang terlibat dalam anggota badan pengawas adalah Cikgu Zaiton Binti Hamzah, Ustaz Sha'arizal Bin Mansor, Cikgu Zulkefli Bin Salim dan Cikgu Helmi Riza Bin Adnan.

Pertandingan Lari Merentas Desa SKJU
Acara Larian Marathon Awal Tahun SKJU 2015
Pada hari Selasa bersamaan dengan 27 Januari 2015 telah diadakan suatu pertandingan larian atau lebih dikenali dengan marathon yang di sertai oleh semua murid yang hadir ke sekolah sekitar hari tersebut. Kawalan keselamatan sepanjang acara marathon dipertingkatkan dengan diselia oleh Anggota RELA dan pengawal keselamatan yang bertugas pada haritersebut. Acara marathon ini juga bermula pada jam 8.40 pagi di luar pintu gerbang sekolah dan berakhir pada jam 9.45 pagi secara keseluruhannya dengan penyampaian hadiah bagi murid-murid yang menduduki tempat kelima, keempat, ketiga, naib johan dan johan pertandingan marathon tersebut. Hadiah pertandingan marathon disampaikan oleh Guru GPK Koko kepada murid-murid di pentas hadapan tapak perhimpunan sekolah sekitar jam 10 pagi hari tersebut. Hadiah disampaikan kepada murid-murid yang berjaya dalam bentuk pingat iaitu madel yang digantung di leher untuk setiap mereka yang berjaya menjadi pemenang dalam pertandingan tersebut. Antara suasana dan gambar yang terdapat dalam acara ini adalah seperti berikut:

Sunday, 23 November 2014
Hari Pendidikan dan Graduasi Murid Pra Sekolah
Sambutan Hari Penyampaian Hadiah dan Graduasi Murid Pra Sekolah
Pada hari Rabu bersamaan 19 November 2014 jam 9pagi telah diadakan hari Pendidikan dan sambutan Hari Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk akademik, sahsiah, akhlak mahupun kokurikulum. Majlis sambutan Hari Pendidikan ini diadakan dengan jayanya di Dewan Besar Pak Sako dengan dihadiri oleh penjaga serta ibu bapa murid-murid yang menerima hadiah sekitar awal pagi tersebut. Majlis Hari Pendidikan dan Penyampaian Hadiah ini juga dirasmikan dengan berprestij dan dengan jayanya oleh YB Dato Haji Mohamed Bin Jaafar selaku Adun Jenderak. Sesi penyampaian hadiah juga turut langsungkan dengan penyampaian anugerah tokoh murid untuk seorang sahaja calon murid tahun enam yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum serta turut memberi sumbangan kepada sekolah dalam pelbagai aspek pencapaian yang berkaitan dengan sukan serta dinobatkan yang terbaik dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Subscribe to:
Posts (Atom)
TAHNIAH
Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) 2021 Pn. Nor Ashikin binti Mohd Yassin ( Pemulihan Khas ) En. Nasaruddin ...